TERKINI : Bring It On!!! Anwar – Zuraida Kamaruddin

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin tidak mempedulikan tindakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan beliau dan 20 bekas pemimpin parti itu membayar pampasan RM10 juta dalam tempoh seminggu bagi mengelak prosiding mahkamah.

Malah secara sinikal bekas pemimpin PKR itu mengalu-alukan Ahli Parlimen Port Dickson itu untuk mencuba nasib menuntut wang pampasan berkenaan yang didakwa kerana ‘kesalahan’ mereka melompat parti.

Lagi pun, Zuraida tidak fikir Anwar akan berjaya mendapatkan wang pampasan yang dituntut dari lebih 20 ahli Parlimen dan Ahli Dewan

Undangan Negeri yang pernah menganggotai PKR sebelum dipecat kepimpinan tertinggi. “Im not bothered on it (tuntutan Anwar). Bring it on because i didn’t defect…i was fired actually in the first place.