TERKINI : Shafie Apdal Tidak Ada Kuasa Untuk “BUBAR DUN SABAH” – Annuar Musa

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak mempunyai kuasa untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa sebaliknya berkata, Mohd Shafie hanya mempunyai kuasa untuk menasihatkan Yang Dipertua Negeri Sabah untuk membubarkan institusi itu.

“Datuk Seri Mohd Shafie tidak mempunyai kuasa untuk membubarkan DUN (Sabah). Dia hanya boleh menasihatkan (TYT) jadi kalau nasihat dia diterima, maka Yang Dipertua Negeri perlu mengeluarkan penyataan secara rasmi,” katanya kepada pemberita ketika melawat mangsa banjir di Kampung Selayang Lama hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast