Dr. Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan negara ini memiliki jumlah parti politik terlalu banyak sehingga menyebabkan keadaan tidak stabil.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ini kerana setiap parti bersaing sehingga menjadikan rakyat hilang haluan apabila tidak tahu mencari arah.

Jelas beliau, rakyat perlu bijak memilih parti yang terbaik dan memberi sumbangan kepada negara apabila diberi pilihan pada Pilihan Raya Umum (PRU).

“Saya dapati negara kita amat kaya dan punyai banyak peluang untuk maju diri. Tapi kadang-kadang terganggu kerana politik. Politik parti jadikan kita tidak stabil, masing-masing bersaing untuk parti sendiri.

“Banyak parti buat kita hilang haluan tidak tahu nak ke mana. Rakyat perlu cekap buat penilaian terhadap negara dan apa  sumbangan kepada negara.

“Jika ada PRU contohnya kita pilih yang terbaik mungkin dan jangan sesekali dipengaruhi oleh sogokan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Live Session With Tun Dr Mahathir Mohamad yang disiarkan secara langsung di Facebook Datuk Howard Chew – Chester Venture Berhad hari ini.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, keadaan di negara ini diburukkan lagi dengan isu perkauman apabila rakyat hanya memilih kaum mereka sahaja dan enggan menyokong kaum-kaum lain.

Jelas beliau, sekiranya Malaysia ingin maju dan bersatu, masalah dapat dikurangkan apabila rakyat bersikap toleransi antara sama lain.

“Kita minta yang tidak boleh beri, ini jadi masalah. Benda yang tidak ada minta juga walaupun tidak bagi, nak keras dan ikut ekstremis. Jangan ikut ekstremis. Ikut sederhana, Insya-Allah Malaysia akan jadi negara maju,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

10 Komen

  1. Tun M yang wat org melayu berpecah belah… sembang je.. lebih… sapa wat parti BERSATU.. Tun M kan… Tun M, sudah2 lah… tolonglah.. berehat dari dunia politik.. Jgn masuk campur lg.. ngn pentadbiran negara.. bagilah..org berkelayakan..

  2. haramjadah nie dah xtahu n xsedar apa yg dia cakap,
    test la tanya kt rakyat sapa punca parti dalam negara nie makin byk ??
    sial punya tua kutuk,
    ada hati nak sembang bab kestabilan,
    jap letak,jap nak,pastu duk salahkan org lain,
    xabis2 menyusahkan rakyat dgn negara dgn perangai iblis ko tu

  3. sembang lah tun
    kau sendiri yang memecahkan kaum melayu
    walaupun hidup 1000 tahun perangai macam ni tiada gunanya

  4. AJAK BERSATU MASUK BALIK UMNO. LEPAS TU BERSARA TENTU TUN AKAN DISANJUNG SELURUH ORANG MELAYU. TAMATKAN HASRAT TUN DGN MENYATUKAN ORANG MELAYU

  5. Dah hujung-hujung pun tidak sedar diri, apakah tiada anakberanak tidak punya walaupun sedikit pengetahuan agama islam? Nasihat sebelum terlanjur nyanyuk “bisikkanlah ditelinganya” dengan jelas katakan.. Apak yang tubuh party terbaru orang lain tidak so berhentilah mengarut Dan merepek. Tolonglah..

  6. Si Tua ni dah takde modal utk menutup kesalahanya sendiri..kalau dia tak salahkan individu, dia salahkan rakyat jelata. Tak pernah dia mengaku kesalahan atau kesilapan dia, sampai rakyat terutamanya org2 melayu berpecah belah & menubuhkan parti2 kecil yg lain..Inilah si Tua kutok yg tak pernah insaf walaupun umurnya tinggal sedikit..Subhanallah..semoga dia cepat sedar sebelum nafasnya habis !!!

  7. Kenapa Atok keluar UMNO tubuh parti Bersatu, kenapa tidak masuk parti yang dah lama seperti DAP dan PKR, tunjukanlah yang Atok itu tolerensi atau Atok pula yang kena langsi dengan DAP.

  8. Ape guna buat parti bersekutu yg bergabung mcm bn dan pakatan. Akhirnya menjadi parti pnkianat dan ugut mengugut dan sentiasa bermain tarik tali dgn parti lawan. Tindakan kamu seorng pemimpin yg berpura pura dan bersikap biadap keatas rakyat jelata sama mcm najis sehingga sanggup mencapai marlamat dgn menghalalkan semua cara.

Comments are closed.