KUALA LUMPUR – Jualan ekuiti tempatan di Bursa Malaysia oleh pelabur asing menyusut kepada RM226.1 juta pada minggu lalu berbanding RM910.2 juta pada minggu sebelumnya.

Setakat ini, pelabur asing telah melupuskan sejumlah RM19 juta saham tempatan – jualan bersih asing untuk 24 minggu berturut-turut.

Malaysia kini merupakan pasaran keempat terkecil di Asia dalam aliran keluar pelabur asing, menurut MIDF Research.

Pelabur asing membeli sebanyak RM63.5 juta dalam ekuiti tempatan pada Isnin minggu lalu, juga merupakan satu-satunya hari pada minggu lalu Bursa Malaysia menyaksikan aliran masuk asing.

Ini kerana, pelabur asing menjadi penjual bersih sebanyak RM49.3 juta meskipun Malaysia merekodkan lebihan dagangan sebanyak RM20.9 bilion pada bulan Jun 2020 selepas eksport meningkat buat kali pertama selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Firma penyelidikan itu berkata, sentimen positif berlaku pada masa singkat susulan gelombang kedua Covid-19 dan meningkatnya usaha perlindungan berterusan menghalang usaha negara-negara untuk memulakan semula ekonomi masing-masing.

“Aliran keluar bersih asing meningkat pada hari Rabu dan Khamis minggu lalu masing-masing pada RM93.6 juta dan RM146.6 juta,” katanya.

Peningkatan itu seiring dengan penurunan Indeks Harga Pengeluar (PPI) Malaysia untuk pengeluaran tempatan sebanyak 4% tahun ke tahun pada bulan Jun 2020 kepada 100.3, selain lanjutan moratorium pinjaman tiga bulan untuk kumpulan sasaran pada hari Rabu lalu kerana pemulihan ekonomi adalah dijangka terjejas di tengah-tengah kes Covid-19 yang kembali meningkat.

Malah, pelabur asing dalam mod risiko ekoran landskap politik domestik tidak menentu, juha penguncupan tertinggi dalam ekonomi Amerika Syarikat dan zon euro.

Berbanding dengan tiga pasaran Asia Tenggara yang dijejaki minggu lalu, Malaysia mencatat aliran keluar bersih asing kedua tertinggi selepas Indonesia, sementara Thailand mengalami aliran keluar bersih asing paling sedikit, kata MIDF Research.

“Dari segi penyertaan, pelabur runcit mencatat kenaikan mingguan 23.8% dalam nilai purata perdagangan harian (ADTV) kepada RM5.6 bilion, sementara pelabur asing mengalami kenaikan mingguan paling rendah dalam ADTV sebanyak 7.7% untuk mencapai RM1.5 bilion, yang mana berada di atas tahap baik,” ujarnya. – MalaysiaGazette