Angel Gomes. Foto Daily Star.

LONDON – Bekas pemain akademi Manchester United yang kini bergelar sebagai ejen bebas, Angel Gomes dilaporkan semakin hampir untuk menyertai kelab Ligue 1, Lille.

Namun terdapat laporan yang mengatakan selepas menandatangani Gomes, Lille dikatakan akan memberi pinjaman pemain ini bersama kelab Portugal, Boavista pada musim depan. 

Pemain berusia 19 tahun itu enggan menandatangani lanjutan kontrak dengan United selepas tamat pada 30 Jun lalu.

Terdapat beberapa kelab besar Eropah berminat untuk merekrut Gomes namun menurut A Bola, Lille telah memenangi persaingan untuk mendapatkan tandatangan Gomes.

Tetapi Gomes tidak akan bermain di Perancis terlebih dahulu kerana sudah terdapat perjanjian dengan Boavista yang akan meminjamnya selama satu musim.

Perjanjian kontrak Gomes dengan Lille dilaporkan akan selesai dalam beberapa hari ini dan Lille berharap dengan mendapatkan Gomes, mereka juga akan melemahkan dominasi PSG dalam dunia bola sepak Perancis untuk beberapa tahun akan datang.

Semasa di United, Gomes memegang rekod pemain termuda United selepas dia menyamai rekod Wayne Rooney yang melakukan aksi pada usia 16 tahun 263 hari.

Meskipun begitu dibawah pengurusan Ole Gunnar Solksjaer, Gomes tidak mendapat cukup peluang dengan pasukan utama United.

Secara keseluruhan, Gomes hanya muncul dalam 10 perlawanan dengan pasukan senior United di mana empat daripadanya di Liga Perdana Inggeris.

Keputusan Gomes untuk meninggalkan United membuat banyak peminat bingung kerana mengambil keputusannya untuk menyertai dengan kelab yang menduduki tempat keempat di Ligue 1 musim lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast