KUALA LUMPUR – “Kita berjaya menyatukan ketiga-tiga parti,” kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi hantaran dalam Facebooknya, semalam.
Beliau turut menyatakan, “Kita tak boleh berpisah dengan UMNO, tak boleh berpisah dengan Bersatu”, sebagai menggambarkan penyatuan Melayu sudah bermula melibatkan tiga parti Melayu itu.
Pertemuannya dengan Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam, membuktikan tiga parti itu sudah seia sekata untuk meneruskan agenda perjuangan bersama.
Walaupun pertemuan itu ringkas, ia jelas menggembirakan rakyat yang selama ini menaruh harapan ketiga pemimpin itu dapat duduk bersama untuk membawa perubahan kepada landskap politik dan negara pada masa akan datang.
Pada 31 Julai lalu, Bersatu menyatakan hasrat parti itu untuk memperhalusi cadangan menyertai gabungan Muafakat Nasional (MN) bersama Pas dan UMNO.
Bagaimanapun, sebarang keputusan mengenai penyertaan itu akan dimaklumkan selepas perbincangan mengenainya dimuktamadkan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.
Sebelum itu, Ahmad Zahid, dilapor berkata, Muhyiddin dalam pertemuan bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) minggu lalu ada menyatakan hasrat membawa partinya menyertai MN.
Ia susulan pendirian terkini UMNO tidak menyertai Perikatan Nasional (PN), sebaliknya akan memperkasakan MN bersama Pas dan parti komponen BN. – MalaysiaGazette
Slm,UMNO-KAFIR,(HARBI), ZIMMI,MUSTA’MIN,ZIMMI,dsbgainya,perlebgaan M’sia undang2 penjajah KAFIR,skrg M’sia tak guna perlembagaan warisan penjajah lagi,tpi dah tukar undang2(RUU-355),HUDUD,QISOS,TA’ZIR,QURAAN SUNNAH,UMNO telah mengucap 2xmah syahadah dah,ketika mereka KAFIR dulu belum mengucap lagi,…warga islm sesama islm ada yg FASIQ, KAFIR, tpi menjilat kahak KAFIR,FASIQ,mcm2la kera luku,kera tu bijak penipu dto’RAMLY pengarah KTM, Rm 1.4 juta kasi sama S’RAWAK Riport, utk langsaikn kes SAMAN RM 90 juta, skrg satu dunia telah mklum isu tersebut,,,.serban ular sawa…..Zahid terpukau dgn Pas,dgn rayuan dri bppp, kes di mhkmah tu belum beres lagi……
‘Menyatu atas sbb diberi jawtn Menteri, dilantik boss GLC,Timbln menteri duta bertaraf menteri dn sbgnya tdk akn bertahn lma, yg tdk diberi jawtn pula hnya menghrapkn PRU diperceptkn sentiasa terukir dibibir mulut..
Kalau tak di layan jwatan timbalan duta bertaraf mentri,pun no problem,sebb sy(hj.surban tu)kata jdi nelayan pun ok,tak pa tpi rezeki bergolek, durian runtuh pun boleh juga asalkn boleh kutuk sesama individu islm pun kigho dah ok juga,tugas pertamanya tulis surat kirim kpd negara arab menghentam dsai,beres,tpi dsai bukan bodoh dia pun jwb balas kpd negara2 arab tu hakikat sebenornya,jdi negara arab lebih popular dsai dri agen duta tok hj.tuu,klau negara arab tuu percaya, tentu ramai pelabur2 arab tu dtg melabor ke M’sia ni, tpi malangnya kering kemaraula nmpaknya, jdi tugas tok hj. tu sia-sia aje leee,cerdikla tuuu, perasan dri sendiri, masuk bakol angkat diri sendiri,wang gaji di terima(tok hj. tu)setiap bulan, hasil tugasnya hmpih pun tarak, malang sungguh tsmyd,PN,pelabur dri negara barat pun tarak?kenapa?krna mereka dah tersohor M’sia……!,cukup terkenal dgn index salahguna kuasa, rasuah, politik tidak mantap mereka lagi bijak dri hj.tuuu,jgn jdi jdi wakil duta klau tiada pengalaman mentri persekutuan,jdi MB trgganu pun bermasalah, sepenggal warga asing dtg tunjuk akhlak protokol sgt,org doa habis tonggng langgang tamat riwayat MB trngganu….