MEXICO CITY – Amerika Latin merekodkan 206,000 kes kematian akibat Covid-19 melepasi Eropah, sekaligus merekodkan jumlah korban tertinggi di dunia.
Angka itu mewakili 30% keseluruhan kematian dunia akibat wabak itu.
Brazil, negara Amerika Latin yang paling teruk dilanda koronavirus, mencatatkan 95, 819 kematian pada hari Selasa.
Manakala, Mexico negara kedua yang paling terjejas di rantau ini, merekodkan 48,869 kematian.
Wabak ini turut merebak dengan cepat di Colombia, Peru, Argentina dan Bolivia.
Minggu lalu Amerika Latin menjadi wilayah yang paling terjejas dengan jumlah jangkitan kes.
Isnin lalu, jumlah jangkitan disahkan meelebihi 5 juta, menurut data Reuters.
Jumlah kes meningkat setelah pihak berkuasa melonggarkan sekatan pergerakan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.
Virus ini telah menjangkiti lebih daripada 18.4 juta orang di seluruh dunia dengan angka kematian global adalah 698,000. – MalaysiaGazette