bendera terbalik
Bendera yang dipasang terbalik secara tidak disengajakan.

KLANG – Kelalaian seorang pekerja am sekolah menyebabkan Jalur Gemilang dipasang secara terbalik sehingga ada pihak yang salah faham bahawa ia merupakan tindakan menghina negara.

Sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Pui Ying di Klang, Selangor telah menghias sekolah dengan bendera, tetapi seorang pekerja keturunan Melayu dilaporkan cuai sehingga memasang bendera dalam keadaan terbalik.

Disebabkan cuti khas pada Isnin lalu, para guru tidak berada dalam sekolah dan pekerja am memasang bendera secara berseorangan, satu keadaan yang turut menyumbang kepada berlakunya kesilapan.

Walaupun pihak sekolah segera memperbetulkan keadaan, tetapi kesilapan itu sempat dirakamkan orang ramai sehingga ada yang tersalah faham.

Pemimpin lembaga pengelola sekolah, Lee Siong Moon berkata, kesilapan itu berpunca daripada seorang pekerja am yang berumur 50 tahun.

“Kami menyedari berlaku sesuatu yang tidak kena semasa bendera dipasang dan segera melakukan pembetulan, tetapi tindakan netizen adalah lebih pantas.

” Pada masa itu, terdapat dua bendera yang dipasang secara silap dan dijadikan isu oleh orang yang berjaya merakamkannya, pihak sekolah kesal dan kecewa dengan apa yang berlaku,” katanya kepada Sinchew Daily.

Katanya, pemasangan Jalur Bendera adalah tindakan patriotik, tetapi malangnya kesilapan yang berlaku telah diperbesarkan dan disalah faham sebagai menghina negara.

Beliau juga berharap supaya netizen tidak menyebarkan perkara yang tidak benar sehingga menjejaskan keharmonian kaum.

“Wakil jabatan pendidikan dan polis telah mengunjungi sekolah pada Selasa dan kejadian ini telah dikenal pasti sebagai salah faham.

“Kami justeru meminta orang ramai tidak menyebarkan khabar angin yang tidak benar,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. Percaya kah anda perkara ini berlaku kerana kecuaian ?.. maaf banyak2, aku berpendapat perkara ini memang di senghajakan. Mohon pihak polis siasat. ..

  2. Perkara ni dah banyak kali berulang, macam disengajakan. Pihak berkuasa jangan takut utk bertindak. Jangan sebab takut dituduh rasis maka ia di diamkan.

  3. Pelik……sibutakah yg memasangnya!??
    Pekerja umut 50!!!

    ….pekerja asing kotttt…..

    ……atau pekerja tu ahli komunis!!

  4. Kebiasaannya yang menghina bendera ni, sekolah2 cina, kedai2 cina atau kumpulan2 cina yang lain!

    IAnya MEMANG DISENGAJAKAN! Harap pihak polis cepat bertindak!

Comments are closed.