Hujan selama 42 hari tanpa henti menyebabkan banjir di Korea Selatan. Foto Agensi

SEOUL- Pegawai-pegawai kerajaan Korea Selatan bekerja keras untuk memastikan lebih 1,000 mangsa banjir ditempatkan di kawasan selamat serta sihat dengan memperkenalkan langkah-langkah pencegahan koronavirus di kawasan perlindungan sementara yang sesak.

Hujan tanpa henti selama 42 jam telah mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang serta menyebabkan lebih 1,500 yang lain meninggalkan kediaman masing-masing telah menyebabkan banjir serta tanah runtuh.

Ia merupakan musim tengkujuh paling lama dalam tempoh tujuh tahun.

Menurut Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan, lebih 1,146 orang ditempatkan di dalam gimnasium dan pusat-pusat komuniti setakat Rabu.

Kerajaan terpaksa melaksanakan langkah-langkah pencegahan Covid-19 di kawasan terbabit termasuk dengan memasang kain penghadang untuk keluarga serta individu.

Manakala katil-katil juga disusun secara berjarak.

Kerajaan tempatan juga melantik pengurus-pengurus untuk memeriksa suhu badan dan membuat saringan terhadap simptom Covid-19.

Mangsa-mangsa banjir juga diminta untuk memakai pelitup muka serta kerap membasuh tangan, kata pihak berkuasa kesihatan.- MalaysiaGazette