LONDON – Fulham kembali beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Brentford 2-1 dalam perlawanan final play-off Liga Kejuaraan Inggeris di Wembley awal pagi tadi.
Pemain pertahanannya, Joe Bryan menjadi wira selepas menjaringkan dua gol apabila kedua-dua pasukan tetangga London itu terikat 0-0 selepas tamat 90 minit permainan.
Henrik Dalsgaard menjaringkan gol saguhati untuk Brentford pada lewat masa tambahan, namun ia sudah terlewat buat pasukan kendalian Thomas Frank itu yang sudah 73 tahun tidak beraksi dalam liga atasan berkenaan.
Brentford yang pernah menewaskan Fulham dua kali musim ini, menamatkan saingan Liga Kejuaraan Inggeris di tempat ketiga di atas seteru tetangga London mereka itu menerusi perbezaan jaringan. – MalaysiaGazette