Menikmati pemandangan indah di Kg Sting, Bengoh Adventure.

KUALA LUMPUR – Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) yang melancarkan kempen ‘Sitok Sarawak’ (atau Ke Sana Ke Sini Sarawak) menawarkan diskaun sehingga 50% kepada warga Sarawak serta pemastautin di Sarawak yang mempunyai permit kerja sah untuk menikmati kecantikan di Bumi Kenyalang ini.

Kempen Sia Sitok Sarawak ini menawarkan lebih dari 30 tarikan dan aktiviti menarik di Kuching, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Mulu yang merangkumi lawatan sehari dan lawatan semalaman serta pakej pelancongan dengan penginapan dan makanan.

Taman Negara Gua Niah

Baik untuk pelancong tunggal, berpasangan, keluarga dengan anak-anak, percutian hujung minggu, untuk bermain golf, menyelam atau hanya untuk menikmati alam semulajadi, pasti ada sesuatu untuk memenuhi kehendak setiap orang!

Di antara pakej-pakej dan aktiviti menarik termasuk Sarawak Sunset River Cruise, Irrawady Dolphin River Cruise di Santubong, Bird Watching di Taman Negara Kubah, lawatan sambil menyelam di Pulau Satang, Evening Kuching Wetland Tour, Taman Negara Bako, lawatan ke Taman Negara Tanjung Datu, Miri Golfing di Eastwood Golf Club, Plawatan ke Sungai Rajang & Rumah Panjang dan kunjungan ke perkampungan Bintangor dan Sarikei, Bintulu Explorer.

Pelancong juga berpeluang menerokai Mukah – kediaman Melanau Silabur Caving & Hiking, pakej bermalam di Kg. Sting dan macam-macam lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif STB, Sharzede Salleh Askor berkata, Sia Sitok Sarawak memberi peluang kepada rakyat Sarawak untuk menikmati dan mengunjungi tempat yang belum pernah mereka lawati sebelum ini.

Perkampungan Melanau

Kempen ini juga adalah sebahagian daripada inisiatif dan stimulus bagi industri pelancongan tempatan untuk membantu memulihkan eko-sistem pelancongan yang terkesan dari pandemik Covid-19.

Kempen Sia Sitok Sarawak yang dibuka untuk tempahan mulai sekarang hingga 15 Oktober 2020 diadakan dengan kerjasama Sarawak Tourism Federation (STF) yang merupakan penyedia platform tempahan dan pembayaran untuk kempen tersebut.

Kempen ini akan memberi keutamaan kepada barisan hadapan termasuk pekerja hospital, doktor dan jururawat asing, polis, RELA, tentera darat, APMM, bomba kakitangan SDMC dan lain-lain yang telah terlibat dalam usaha bantuan Covid-19 sebagai penghargaan kepada dedikasi mereka dalam usaha mengawal jumlah kes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast