Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar menunjukkan laporan dokumen salah guna kuasa ketika hadir membuat laporan SPRM mengenai rasuah dan salah guna kuasa ke atas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin di Ibu Pejabat SPRM, Presint 7, Putrajaya. foto MOHD ADZLAN, 5 OGOS 2020.

PUTRAJAYA – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia @G57 hari ini membuat laporan dakwaan salah guna kuasa dan salah laku rasuah terhadap Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan menerima imbuhan tertentu untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar mendakwa, Juhar telah membuat pertimbangan salah dengan menerima nasihat Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk membubarkan DUN Sabah, sedangkan Ketua Menteri Sabah itu telah kehilangan majoriti.

“Laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap salah guna kuasa ulangan pernah saya lakukan pada 1 Disember 2018 ke atas Tun Juhar Mahiruddin selaku Yang Dipertua Negeri Sabah.

“Tun Juhar secara jelas telah bertindak secara salah dengan membubarkan DUN Sabah pada 30 Julai 2020 selepas menerima surat permohonan pembubaran dewan oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal walaupun beliau mengetahui Mohd Shafie telah kehilangan majoriti di dalam DUN Sabah.

“Ini kerana belasan (13) orang wakil rakyat Warisan, UPKO, PKR dan DAP telah mengisytiharkan keluar daripada parti,” katanya ketika ditemui pemberita di pintu utama Ibu Pejabat SPRM, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Mohd Shafie dalam satu sidang media khas di Kota Kinabalu, Sabah mendakwa Yang Dipertua Sabah telah memberi perkenan untuk membubarkan DUN Sabah pada 30 Julai lalu.

Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar bercakap kepada media sebelum membuat laporan SPRM mengenai rasuah dan salah guna kuasa ke atas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin di Ibu Pejabat SPRM, Presint 7, Putrajaya. foto MOHD ADZLAN, 5 OGOS 2020.

Mohd Shafie turut menunjukkan surat perakuan pembubaran DUN Sabah yang ditandatangani oleh Juhar mengikut kuasa dan Perlembagaan negeri itu.

Keesokan harinya pemakluman pembubaran DUN Sabah itu telah disampaikan kepada SPR bagi membolehkan pilihan raya negeri dikendalikan Suruhanjaya badan itu dalam tempoh 60 hari.

Dalam pada itu, Zulkarnain juga mendakwa tindakan Juhar membubarkan DUN Sabah sebagai balas kepada jasa Mohd Shafie yang telah melanjutkan tempoh perkhidmatannya sebagai Yang DiPertua Sabah.

“Sebelum ini Tun Juhar pernah membantu memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) untuk melompat keluar parti pada Mei 2018, bagi menyokong Shafie menjadi Ketua Menteri Sabah.

“Imbuhan yang diberikan ke atas Tun Juhar ialah Shafie telah membantu menggubal undang-undang untuk tidak lagi menghadkan tempoh jawatan Tuan Yang Terutama (TYT) yang sebelum ini dua penggal sahaja,” katanya.

Sementara itu, Zulkarnain turut mendakwa Juhar menyalahgunakan kuasanya apabila mengarahkan pihak polis menghalang Tan Sri Musa Aman untuk ke istana bagi membuktinya beliau mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

“Demokrasi telah dirosakkan apabila 33 wakil rakyat sepatutnya diberikan peluang untuk bertemu dengan Juhar, malangnya telah disekat di tengah jalan oleh pihak polis.

“Ini tidak pernah berlaku di seluruh Malaysia dan ini amat memalukan, tapi yang peliknya dia boleh membenarkan Mohd Shafie untuk berjumpa dengan dia,” soalnya.

Sebelum ini, konvoi hampir 10 buah kenderaan yang membawa Musa yang juga bekas Ketua Menteri Sabah ke Istana Negeri untuk mengadap Yang Dipertua Negeri Sabah tidak dapat meneruskan perjalanan selepas laluan ke istana di Bulatan Nanas, Kota Kinabalu ditutup pihak berkuasa.

Konvoi yang dipercayai membawa 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Musa berkenaan tiba di laluan masuk ke istana itu kira-kira jam 3.50 petang.

Peguam Musa, Tengku Fuad Tengku Ahmad kelihatan keluar daripada salah satu kenderaan konvoi 33 ADUN yang sudah membuat akuan sumpah untuk menyokong Musa bagi membentuk kerajaan negeri baharu menerusi gabungan beberapa parti politik, untuk menemui anggota pihak berkuasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. Manusia bila dh tamak dan gila kuasa maka halal haram dh xda bezanya..Sesungguhnya Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

  2. Kalau terbukti bersalah..sila letak jawatan…dan sila tarik balik perlantikan jawatan yang tiada tempoh masa…masih ramai lagi sabahan yg layak dan berintigreti untuk menjadi TYT SABAH.

  3. TYT berhak mengunakn budi bicaranya membubar dewan atas nasihat Ketua Menteri..apa masaalhnya disitu?..tdk mungkin TYT mengikut telunjuk puak2 penghianat dijual beli spt ‘kraftangn’ ini demi menjatuhkn kerajaan yg dulunya agak stabil 2/3 namun dgn ajaibnya boleh dijatuhkn melalui ‘pembelotn beramai2 yg tdk mungkin akn terjadi dlm sejarah politik dlm mna2 kerajaan seluruh dunia..

  4. kenapa tak boleh bubar dun apabila wakil rakyat berpaling tadah … wakil rakyat telah merosakan amanah rakyat patut dibubar kan untok dapat mandat baru. apa yang salahnya. cita2 nak berkuasa dengan jalan mudah patut dihalang. negara ada undang2. ikutlah undang2 itu jangan nak jadi penderhaka. kes lama patut dibuka semula kalau tiada kuasa. sebab itu gila2 nak kuasa. sanggup buat apa saja.

Comments are closed.