Gambar hiasan

KERAJAAN perlu memberi pertimbangan serius terhadap
penggunaan rokok elektronik atau vape dalam negara kita.
Isu vape ini sudah mendapat tempat bukan sahaja dalam
negara kita malah di serata dunia yang mula mensyaki terdapatnya kesan negatif terhadap penggunaan vape ini
kepada kesihatan pengguna yang menggunakannya.Terdapat juga kebimbangan dalam alangan pakar-pakar bahawa penggunaan vape ini akan menyebabkan pengguna meneruskan tabiat merokok mereka, melemahkan segala usaha yang telah dan sedang diambil bagi menghentikan tabiat merokok serta mendedahkan orang ramai khususnya golongan bawah umur untuk merokok. Isu vape ini mula mendapat perhatian masyarakat antarabangsa termasuk di Malaysia apabila media pada tahun 2019 yang lalu melaporkan beberapa orang remaja di Amerika Syarikat terpaksa dimasukkan ke hospital akibat hadapi masalah kesihatan yang teruk disyaki berpunca daripada pengunaan vape.

Berdasarkan perkembangan semasa serta kebimbangan yang diluahkan oleh ramai pihak terhadap isu vape ini, pihak kerajaan perlu memandang serius terhadap isu penggunaan vape ini dalam negara kita kerana ia dibimbangi boleh membawa kesan tidak diingini terhadap pengguna yang menggunakannya. Apa yang lebih ditakuti ialah penggunaan vape ini dalam kalangan golongan bawah umur dalam negara kita seperti golongan remaja serta golongan kanak-kanak.

Walaupun terdapat beberapa cadangan supaya penjualan dan penggunaan vape ini di kawal selia melalui satu bentuk peruntukkan undang-undang, namun persoalan harus ditanya sejauh mana kita mampu menguatkuasakan cadangan peruntukkan undang-undang terbabit terutamanya bagi membendung golongan bawah umur daripada membeli dan menggunakan vape? Penjualan dan penggunaan rokok tembakau biasa pun dilihat masih tidak dapat dikawal dengan sepenuhnya lagi terutamanya kepada golongan bawah umur berkenaan, apatah lagi vape. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.

Oleh yang demikian, adalah penting kerajaan mengambil langkah yang tegas dari sekarang terhadap isu penggunaan vape ini dalam negara kita sebelum penggunaan vape ini berada di luar kawalan seperti yang berlaku terhadap rokok tembakau biasa. Bagi mengatasi masalah penggunaan vape ini,  kerajaan boleh mempertimbangan untuk menguatkuasakan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 21 Disember 2015 yang lalu yang telah memutuskan bahawa hukum penggunaan rokok elektronik termasuk vape adalah haram. Pandangan hukum oleh Muzakarah ini dimaklumkan oleh Pengerusinya sendiri iaitu Prof. Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Abdul Shukor Husin pada sidang media selepas Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terbabit diadakan di Hotel Sama-Sama KLIA. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor berkata semua ahli muzakarah bersetuju bahawa penggunaan rokok elektronik termasuk vape adalah haram.w

Keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat yang terdapat melalui pengunaan vape ini. Kajian dari sudut kesihatan turut diambil kira hasil maklumat yang diperoleh daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang melakukan pengumpulan maklumat mengenai kesan penggunaan bahan itu di seluruh dunia. Malah pakar kesihatan juga mendapati vape dan rokok elektronik tidak
dapat membantu perokok dan perokok tegar untuk berhenti
merokok. Agama Islam juga melarang keras umatnya melakukan sebarang perkara yang membawa kemudaratan serta merugikan. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam Surah Al–Baqarah, Ayat 195 yang bermaksud “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.  alaupun terdapat pelbagai jenis kempen pendidikan dan kesedaran dijalankan oleh beberapa pihak bagi mewujudkan kesedaran orang ramai terhadap isu penggunaan vape ini, namun dilihat masih tidak memadai dan efektif untuk mengekang masalah penggunaan vape ini dalam negara kita. Ada pihak yang
dilihat tanpa segan silu menggunakan vape ini di khalayak
umum dan ditempat kerja. Lebih membimbangkan lagi ialah
penularan pengaruh penggunaan vape ini dalam kalangan
generasi muda yang masih bersekolah.

Oleh yang demikian, keputusan pengharaman vape seperti
yang telah dikeluarkan oleh pihak Muzakarah Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 21 Disember 2015 yang lalu perlu diberi pertimbangan untuk dijana atau dikuatkuasakan sebagai satu bentuk peruntukkan undang-undang yang lebih jelas bagi mengekang orang ramai dalam negara kita daripada terus menggunakan vape. Pihak kerajaan boleh melihat langkah undang-undang yang telah diambil oleh beberapa buah
negara dunia terhadap isu vape ini. Terdapat beberapa buah
negara dunia yang telah mengharamkan sepenuhnya penjualan rokok elektronik dan vape seperti Argentina, Brazil, Thailand, Singapura, Brunei, Oman, Panama, Jordan, Mexico, Qatar, China Taipei, Turki Uruguay, serta Emiriah Arab Bersatu. Pihak kerajaan boleh mempertimbangan untuk mewujudkan sebuah \awatankuasa khas bagi mengkaji cadangan ini dengan teliti sebelum sebarang kata putus diberikan terhadapnya. Sebarang keputusan muktamad terhadap isu penggunaan vape ini dalam negara kita perlu memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia dan bukannya bersandarkan kepentingan mana–mana industri yang berkaitan dengan vape ini.

Oleh: Dr. Muzaffar Syah Mallow, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang – Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)