Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi menegaskan dirinya tidak bersalah atas tuduhan meminta suapan RM3.3 juta dalam projek terowong dasar laut.
Sebaliknya, Setiausaha Agung DAP itu mendakwa tampak begitu jelas semua tuduhan di mahkamah itu tidak lebih daripada bermotifkan politik semata-mata.
Dengan wajah serius namun tersusun kata-katanya di hadapan pemberita di Pusat Khidmat Parlimen Bagan, kata Guan Eng beliau akan lawan habis-habisan.