Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memeluk isterinya Betty Chew pada sidang media selepas selesai menghadapi pertuduhan bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 ketika di Pusat Khidmat, Bagan, Pulau Pinang. foto MOHD ADZLAN, 11 OGOS 2020.

BUTTERWORTH – Isteri Lim Guan Eng, Betty Chew dalam nada beremosi melahirkan rasa terkejut, kecewa dan sedih terhadap tiga pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram bernilai RM372,009.

Betty yang juga seorang pengamal undang-undang mendakwa dirinya bukan sahaja menjadi mangsa politik yang cuba menjatuhkan Lim Guan Eng sebaliknya juga cubaan merosakkan hubungannya dengan suaminya.

“Saya terkejut dengan tiga dakwaan penggubahan wang haram ke atas saya. Saya ini biasa sahaja, bukanlah ‘Kak Long’ pun. Jadi mengapa?

“Adakah kerana saya ini adalah saya adalah isteri Lim Guan Eng? Adakah begitu? Saya hendak tahu adakah anda akan berpuas hati jika berjaya ‘memisahkan’ dan merosakkan hubungan suami- isteri?

“Seperti yang umum tahu, keluarga Guan Eng adalah penyokong terkuat beliau. Tulang belakangnya. Jadi dengan berbuat begini anda boleh memecahbelahkan keluarga kami dan akhirnya menjatuhkan beliau,” katanya dengan suara tersekat-sekat pada sidang media di Pusat Khidmat Bagan hari ini.

Betty berdepan tuduhan di bawah Seksyen 4 (1) (a) dan (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti-Keganasan dan Hasil Kegiatan Haram 2001.

Jika sabit boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda kali ganda jumlah suapan tersebut.

Sambung Betty, apa yang terjadi kepadanya bukan sahaja teruk dan keji tetapi juga boleh kepada sesiapa sahaja.

“Ingat ya, apa yang berlaku kepada saya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Suami saya adalah manusia yang baik dan mulia pekertinya. Beliau juga ketua keluarga yang baik sekali.

“Pastinya setiap wanita di luar sana akan berdiri teguh di belakang suami anda seperti saya.

“Tuhan sedang melihat semua perbuatan keji ini, pastinya akan ada balasan kelak,” ujarnya hampir menangis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

13 Komen

  1. DS Rosmah pun kena dakwa…ko special sangat kah? Masa DAP dan Medey arahkan Tommy Thomas dakwa DS Rosmah, tak de pun dia nak buat drama mcm ko…pooodddahhhhh

  2. The movie was on now betty.( betty n the beast). The best actress and actor will win when the movie look real!!( make sure u always crying-crying naaa)
    Ur fans will crying for ur. Dont worry about RM. Coz ur producer(dap) will donate for i and ur hero lge. ( now keeping in going)

    …just one thingss…..make sure the tickets please cheap ok!!
    Coz ur fans just had rm30 from ph govement before.( hope still had ot till now)
    Tq!
    ….ur fan.

  3. Bininya kata Lim Guan Eng baik murni Suci ke? Apakah SPRM khilaf mendakwa kleptokrasi penyamun perompak peminta Dan penerima rasuah laki-bini yang terancang ini?
    SPRM memisahkan hubungan intim laki-bini perosak ini ke? Jika begitu mintalah layanan istimewa mengatasi penjenayah lain untuk diletakkan dalam satu sel.
    Siap tanya rakyat berpuas hati ke untuk dia laki-bini dipenjarakan, nak tahu? adalah dimaklumkan bahawa rakyat akan meraikan setiap tahun Tanda bergembira dan lagi aman jika laki-bini ini dikeluarkan dari memegang kerakyatan. Rakyat akan menderma Dana tanpa perlu dikembalikan untuk pesta mega tersebut.
    Teori dan amalan mudah jangan adalagi pendatang turut mengikut jenayah laki-bini ini di Malaysia.

  4. Hebatnya mereka berlakon. Mengalahkan ahli syurga. Pada hal macam iblis perangai. Baik sikit pada Madey dan keturunannya.

  5. Drama Queen dan Drama King…
    Ada juga Drama Grandfather….
    Kasihan ibu Drama King dihurung ke mahkamah.
    Konon2 tunjuk cerita sedih keluarga bahagian LGE.
    Kes dulu bercengkerama Di Ofis KM pun tak aelesai
    Kes Drama Queen berhenti berpolitik sebab Drama King main cinta mcm playboy.
    Memang keluarga penyayang, sana sini bermain cinta.

  6. Puak ni kalau kat org lain, depa buat sampai rakyat chop org lain mmg kaki rasuah dan bersalah wlpun belum masuk court. Kalau kat depa pulak, depa wayang mcm depa lah mangsa diskriminasi, tak bersalah dan jd mangsa penindasan. klu tak salah, bawak bukti ja. tunjuk buku akaun bank ada berapa ‘0’ dan mai dari mana hasil laki bini.

  7. En.shake…tule kamu tak faham en.shake betapa mulianya sesebuah bahagia kalau terpisah tentunya gelisah,selama Najib jadi PM ada kamu tgk bahagia pasangan tu dgn mata kasarke?masa Najib kena dakwa ada tgk Rosmah disampingnya sehidup semati?adake Rosmah peduli…? maknanya kedua2 terlibat dlm kes ini,tinggalle Najib menanggung semua nya padahal dia le punca semua kes ini k

Comments are closed.