Empat penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam dan seorang peniaga berbangsa Acheh direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Ia bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung kes mengutip dan menerima rasuah secara bulanan bagi melindungi premis-premis perniagaan tanpa lesen di sekitar Sungai Buloh di Selangor.

Perintah tahanan reman terhadap lima individu terbabit dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim sehingga 18 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast