Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Isu perletakan jawatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih belum reda.

Ketika sesi perbahasan usul Rang Undang-Undang Pebekalan (penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020 di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman membangkitkan bahawa Perikatan Nasional (PN) bukan punca kepada kejatuhan kerajaan PH.

Bingkas bangun, Dr Mahathir berkata Ahli-ahli Parlimen kerajaan seperti tidak memahami situasi ketika itu.

Jelas Ahli Parlimen Langkawi itu, bekas partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dahulu meninggalkan PH membuatkan gabungan itu hilang kuasa memerintah.

“Saya tidak letak jawatan tapi ahli-ahli daripada kerajaan ini (Perikatan Nasional) mungkin tak faham cara-cara Perlembagaan Persekutuan, apabila parti Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan maka gabungan pun jatuh, tidak jadi kerajaan lagi.

“Kalau dia (PH) tak jadi kerajaan macam mana saya nak jadi Perdana Menteri kita sudah tidak jadi kerajaan menteri termasuk kepada menteri, jadi macam mana saya nak letak jawatan lagi saya sudah tidak ada jawatan.

“Saya fikir payah nak difahamkan, ini berkali-kali macam tak boleh dengar,” katanya ketika mencelah ucapan Hasbullah.

Pada 24 Februari lalu, Kabinet PH secara automatiknya terbubar selepas Dr Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Isnin.

Selepas itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan untuk membatalkan pelantikan menteri-menteri atas nasihat Perdana Menteri.

Perkara itu tertakluk dalam peruntukan Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan pada 24 Februari 2020 selaras dengan peletakan jawatan Perdana Menteri.

Kemelut politik negara ketika itu selesai apabila Al-Sultan Abdullah berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, sebagai Perdana Menteri kelapan.

Tindakan itu dimulakan dengan ‘Langkah Sheraton’ yang merujuk kepada keluarnya Bersatu dan sejumlah anggota parlimen PKR, diketuai Muhyiddin dan Azmin Ali, daripada PH untuk menubuhkan gabungan Perikatan Nasional bersama-sama UMNO, Pas, Gabungan Parti Sarawak dan beberapa parti kecil lain mengambil tempat.

Mengulas mengenai itu, Dr Mahathir berkata langkah itu dibuat oleh individu yang melakukan pengkhianatan kepada kerajaan ketika itu semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

“Saya cuma memberitahu kepada Yang di-Pertuan Agong iaitu saya letak jawatan, ini bukan bermakna saya buat keputusan sendiri nak letak jawatan. Apabila parti saya keluar daripada pakatan harapan Pakatan Harapan tidak jadi kerajaan lagi dan semua anggota Pakatan Harapan tentulah tergugur kerana tindakan itu dan tindakan itu adalah satu pengkhianatan kepada janji kita

“Kita dipilih oleh rakyat, rakyat percaya bahawa perjuangan kita ialah untuk melawan kleptokrasi tetapi apabila kita berada dalam kerajaan kita sabotaj kerajaan kita sendiri kerana nak jadi Perdana Menteri,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. Hakikatnya PH berpecah masa jadi kerajaan lagi.. Dlm mesyuarat kabinet ckp lain diluar ckp lain. Dan byk lagi contoh² yg pemimpin PHancing tk sehaluan ketika jadi kerajaan. Bersyukur sgt PHancing tumbang dek kerana puak depa sendiri..

  2. Semakin tua semakin kuat membohong. Sampai ke anak cucu. Cucu pun jadi tak sedar diri

  3. tapi belum diuji. itu alasan orang yang malas guna otak atau kepalanya tiada otak. kalau tidak letak jawatan tentu diadakan undi tak percaya. ini barulah teruji ada sokongan atau tidak. tapi bila letak jawatan itu jalan singkat orang panik dalam keadaan kebodohan. lepas tu baru rasa menyesal. baru nak minta maaf. tapi dah terlambat. memang patut dikata bodoh. bodoh. bodoh

Comments are closed.