Amirudin Shari

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) penyusun semula peniaga kecil di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh selepas ramai terkesan dengan operasi besar-besaran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu Rabu lalu.

Pada masa sama, beliau turut mengarahkan penguat kuasa PBT itu membanteras habis-habisan peniaga warga asing yang menjalankan perniagaan secara haram, selaras pindaan Undang-Undang Kecil Penjaja 2007.

Beliau yang mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Mohd Khairuddin Othman; Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim; dan Timbalannya, Mohd Rashidi Ruslan mahu masalah itu diselesaikan segera.

“Saya telah maklumkan kepada MBSA supaya menyusun semula kawasan Bandar Baru Sungai Buloh dan membantu mana-mana peniaga kecil yang tidak mempunyai lesen agar memohon untuk mendapat lesen perniaaan.

“Kerajaan Selangor sentiasa prihatin dengan masalah peniaga kecil terutama yang berdepan dengan kesan pandemik Covid-19, dan kita juga konsisten membanteras perniagaan melibatkan warga asing serta premis haram di negeri ini,: kata beliau menerusi akaun Facebooknya, hari ini.

Sementara itu, MBSA telah merancang program penyusunan semula peniaga di kawasan berkenaan pada 15 dan 16 Ogos ini, selain akan membuka kaunter permohonan permit sementara bagi urusan lesen.

Mengikut notis pemberitahuan kepada peniaga kecil dan pemilik premis yang dikeluarkan Datuk Bandar, MBSA akan membuka kaunter itu di Dewan Meranti kawasan berkenaan antara jam 8 pagi hingga 4 petang pada Sabtu (esok) dan jam 8 pagi hingga 1 tengah hari pada Ahad.

Pemohon juga akan diberi taklimat mengenai permohonan permit penjaja sementara, permohonan permit ubah suai bangunan, kebenaran merancang dan kebersihan serta keselamatan makanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. MB turun lah ke kawsan MBSA ini, tengok menteri wilayah boleh siap bagi lesen kepada food truck, teringgat dulu MB Azmin turun bagi lesen kepada penjaja nasi lemak anak dara. MN jangan tahu duduk sahaja di kerusi empuk tu.

  2. Dh abis roboh dh jahanam lps tu baru suruh bantu, apa punya sengal la mb slngor ni..kecik2 x nk mampos

Comments are closed.