KUALA LUMPUR – Asri Janggut menyifatkan penahanan beberapa anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah satu kemenangan untuk rakyat.
Katanya, Allah sedang menurunkan sesuatu yang lebih baik untuk semua menerusi mencabut dan membanteras segala pusat judi haram yang bermaharajalela di Sungai Buloh selama ini.
Ditanya mengenai dakwaan dan keluhan ramai peniaga di Sungai Buloh kononnya tindakan Asri menjejaskan perniagaan mereka, pengasas Hot Burger itu bagaimanapun dengan tenang meminta peniaga tempatan di Sungai Buloh terus bersabar.