Recep Tayyip Erdogan

ANKARA – Turki sedang mengkaji untuk menutup kedutaaanya di Abu Dhabi dan menggantung perhubungan diplomatik dengan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) berikutan tindakan negara itu bersetuju untuk memulihkan hubungan diplomatik dengan Israel, kata Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

“Tindakan menentang Palestin bukannya langkah yang boleh diterima. Kini, Palestin sama ada tutup atau memanggil balik (kakitangan) kedutaannya. Kini perkara yang sama sah untuk kami (lakukan),” ujarnya sambil menyatakan beliau telah memberi arahan kepada Menteri Luar.

“Saya memberitahu beliau kami juga mungkin mengambil langkah yang menjurus kepada penggantungan hubungan dengan pemimpin Abu Dhabi atau memanggil pulang duta,” katanya.

Kelmarin, Israel dan UAE bersetuju untuk memulihkan hubungan diplomatik.

Presiden Donald Trump yang menyampaikan kenyataan bersama itu di Twitter, mengatakan “diplomatik bersejarah ini akan mengukuhkan lagi keamanan di rantau Timur Tengah dan menjadi bukti kepada diplomasi serta visi berani ketiga-tiga pemimpin.”

Menurut kenyataan itu lagi “Israel akan menangguhkan pengumuman kedaulatan yang digariskan dalam Visi Presiden untuk Perdamaian dan menumpukan usahanya kepada meluaskan hubungan dengan negara lain di dunia Arab”

UAE merupakan negara Arab ketiga yang menjalinkan hubungan dengan Israel selepas Mesir pada 1979 dan Jordan (1994).

Terdahulu, Kementerian Luar Turki berkata, sejarah tidak akan melupakan tindakan UAE bersetuju untuk memulihkan hubungan diplomatik yang akan merubah semula politik Timur Tengah.

Katanya: “Sejarah dan suara hati penduduk rantau ini tidak akan melupakannya dan tidak akan memaafkan tindakan itu,”. – Agensi

 

 

2 Komen

  1. Tahniah buat UAE..hubungn diplomatik dgn Israel baik utk keamanan dirantau telik dn palestin..prdulikn mulut2 penganas Edorgan yg tlh menyembelih rakyt kurdis trsebut..

Comments are closed.