Lakaran artis Heleena

KUALA LUMPUR – Setia EcoHill melancarkan Heleena, fasa terakhir kediaman teres dua tingkat di Semenyih, Selangor.

Dengan tanah seluas 20×70 dan saiz binaan 2,053 kaki persegi, Heleena ditawarkan dengan dua reka bentuk.

Nilai pembangunan kasar sebanyak RM48 juta, projek ini menawarkan 70 buah kediaman yang setiap satunya berharga RM683,000.

Kediaman ini memiliki empat bilik tidur dan empat bilik mandi.

Selain itu, Heleena menawarkan kemasan premium bagi lantai kayu berlamina dan unit diperluas sepenuhnya yang akan membantu pemilik menjimatkan kos pengubahsuaian.

Kediaman ini mempunyai kawalan keselamatan 24 jam.

Pengurus Besar, Setia EcoHill, Koh Sooi Meng berkata, meskipun pasaran hartanah berdepan dengan cabaran mencabar, SP Setia yakin Helena akan mendapat perhatian berdasarkan 60% kadar pengambilan semasa prapelancaran Heleena.

“Kempen Pemilikan Rumah yang masih berlangsung akan menarik lebih ramai pembeli yang mahu memiliki kediaman sendiri,” ujarnya.

Lokasi strategik Heleena memberikan kemudahan kepada penduduk melalui akses ke kawasan berhampiran seperti Club 360 yang dibuka secara eksklusif untuk penduduk bandar, EcoHill Park,

Perbandaran pembangunan campuran bersepadu yang terletak di Semenyih ini boleh diakses melalui lebuh raya utama, seperti LEKAS, Setia EcoHill Link, Cheras-Kajang Highway, SILK, SKVE, PLUS, dan BESRAYA. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast