LONDON – Pengurus Barcelona, Quique Setien dikhabarkan bakal dipecat kelab itu pada hari ini.
Kekosongannya bakal digantikan oleh Jurulatih Belanda, Ronald Koeman, kata Guillem Balague.
Naib Juara La Liga Sepanyol itu dimalukan 2-8 oleh Bayern Munich pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah pada Jumaat lalu.
Setien, 61, dipilih menggantikan Ernesto Valverde pada Januari lalu.
Bagaimanapun, dia gagal membawa sebarang piala ke Nou Camp musim 2019/2020 ini.
Pada malam Ahad, Stesen Rasdio Sepanyol, Cadena Cope mendakwa mereka berjaya menghubungi Presiden Barcelona, Josep Bartomeu yang mengesahkan Setien telah dipecat.
Mesyuarat lembaga Pengarah kelab itu akan berlangsung hari ini.
Pakar bola sepak Sepanyol, Balague mendakwa bekas Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino telah dipujuk Barcelona untuk mengisi kekosongan itu.
Bagaimanapun bekas pemain legenda Barcelona, Koeman adalah pilihan popular the Catalans.
“Lembaga Pengarah kelab akan bersidang hari ini dan (Setien) akan dipecat. Mereka hanya mempunyai masa dua minggu untuk melantik pengurus baharu kerana latihan pra musim akan membuka tirai kelak,” katanya. – MalaysiaGazette