KUALA LUMPUR – AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) mencapai satu lagi kejayaan yang membanggakan dengan menerima anugerah  dan Produk Insurans Baharu Terbaik – Malaysia untuk tahun ke-5 berturut-turut di Anugerah Perbankan Kewangan dan Insurans Asia 2020.

AXA ialah syarikat insurans pertama dan satu-satunya di Malaysia yang mencapai kejayaan ini di Anugerah Perbankan Kewangan dan Insurans Asia 2020.

Ia meneguhkan lagi reputasi AXA sebagai peneraju pasaran dalam komitmennya untuk melindungi kepentingan pelanggan dengan penyelesaian inovatif dan bertumpukan pelanggan.

Penyampaian anugerah diadakan secara maya pada 5 Ogos 2020 oleh Asian Banking and Finance Magazine – penerbitan terkemuka dalam industri perkhidmatan kewangan yang dinamik di Asia.

Anugerah berprestij ini didedikasikan kepada institusi kewangan ternama di Asia.

Penerima anugerah dipilih selepas proses pemilihan ketat oleh panel hakim yang terdiri daripada pakar industri.

Tim Charlton, Ketua Editor Anugerah Perbankan Kewangan dan Insurans Asia, Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA berkata, mereka berbesar hati menerima pengiktirafan hebat ini untuk tahun ke-5 berturut-turut.

”Kejayaan ini bukti prestasi dan komitmen kakitangan kami. Terima kasih kepada semua pelanggan, rakan syarikat, ejen dan kakitangan kami – semua ini tidak akan jadi kenyataan tanpa keyakinan dan kepercayaan mereka.”

Kunci kejayaan AXA terletak pada fokusnya dalam melaksanakan strategi Payer-to-Partner, dengan melangkaui hubungan transaksi untuk membina hubungan emosi dengan pelanggan. Dengan menjadikan pelanggan sebagai titik utama strategi, AXA telah melalui transformasi dan mengkaji semula rangkaian nilainya dengan.

Antaranya melabur dalam Big Data, AI dan Proses Automasi Robotik untuk bersedia menghadapi dan menjangka keperluan pelanggan secara progresif. 117 robot telah digunakan di seluruh AXA untuk mengautomasikan proses manual, meningkatkan purata masa pemprosesan sebanyak 95% dan membolehkan kakitangannya untuk lebih fokus kepada tugas yang bermakna demi melayani pelanggan dengan lebih baik.

Selain itu memanfaatkan teknologi untuk mempermudah urusan pelanggan dengan menggunakan portal penjualan dalam talian – AXA Travel and Motor Online yang menawarkan pengalaman “omnichannel” yang berkesan.

Saluran dalam talian telah mencapai pertumbuhan dua digit yang luar biasa hingga meletakkan AXA di kedudukan #1 dalam penjualan perjalanan dalam talian hari ini.

Syarikat juga meningkatkan tenaga kerjanya untuk memberikan nilai yang lebih besar kepada pelanggan.

Salah satu inisiatif utama AXA ialah program AXAPRENEUR yang dilancarkan untuk meningkat kemampuan dan kemahiran pekerja sebagai persediaan untuk Industri 4.0.

Melalui inisiatif ini, pelbagai projek canggih telah dilaksanakan, dengan nilai inovasi berjumlah sebanyak RM8.3 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast