Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki mengingatkan kepimpinan Muafakat Nasional (MN) agar tidak mempersia-siakan harapan ummah, apatah lagi mengkhianati rakyat.

Ketua Pemuda UMNO itu berkata, kepimpinan penyatuan itu juga dinasihatkan agar tidak memperjudikan nasib agama dan negara.

Ini kerana, katanya, MN begitu mahal nilai dan harganya untuk digadaikan begitu sahaja.

Luahan itu dilahirkan Asyraf melalui nukilan sajaknya menjelang ulang tahun pertama Himpunan Penyatuan Ummmah pada 14 September ini.

Asyraf berkata, MN milik rakyat terbanyak dan bukan milik mana-mana pemimpin dan juga tidak eksklusif mana-mana parti.

Berikut adalah nukilannya:

LAHIRNYA MUAFAKAT NASIONAL…..
(Menjelang Ulang Tahun Pertama Kelahiran)
Lahirnya Muafakat Nasional atas deraian airmata keinsafan untuk menoktahkan perbalahan puluhan tahun yang membinasakan….
Lahirnya Muafakat Nasional atas keimanan untuk memenuhi tuntutan Ilahi supaya ummah berpadu dan jauhi permusuhan yang memudaratkan…..
Lahirnya Muafakat Nasional atas kesedaran untuk menyelamatkan Agama daripada terus diremehkan lantaran perpecahan ummah yang berterusan….
Yang jelas Muafakat Nasional dibina….
Atas dasar keimanan….
Atas semangat penyatuan…
Atas landasan kesetiaan….
Atas ikatan persahabatan….
Bukan sekadar perkongsian kuasa, bukan juga hanya perkiraan untung rugi pilihanraya.
Muafakat Nasional sudah menjadi milik semua. Milik ummah, milik rakyat terbanyak. Bukan milik mana-mana pemimpin, bukan juga milik ekslusif mana-mana parti!
Justeru, wahai para Pimpinan! Jangan dipersia harapan ummah, jangan dikhianati amanah rakyat, jangan diperjudi nasib Agama dan Negara. Muafakat ini begitu mahal nilai dan harganya untuk digadaikan begitu sahaja….

— MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Slm sjhtra,oiiii!MN utk apa? Bukan utk dptkan jwatan ko@duit ko gitu ko?jwatan besor Rm pun besor, cairlah sebb pangkat, duit, betino, ha, ha, ha,duk melobi apo ko bendonya! Auta yor semua tu, sanggup korban apo shj, asalkn dpt Rmmmyo! Borak2 kosong aje tuuu, gadai prinsip umno, jenis bodoh sombong….. Bangsat.

  2. PH is a disaster for Malaysia. Hope they disappear into the sunset and never come back to power again. May God save Malaysia and its beautiful people from the evils of PH.

  3. Yang bongkak ialah parti bunga dan yang tikam belakang ialah pas. dua2 tengah seronok jadi menteri. yang perasan lebai sampai sanggup tukar haluan. cuma kopiah masih dikepala. prinsip entah ke mana

Comments are closed.