KOTA KINABALU – Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi telah menolak permohonan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pembubaran DUN Sabah.
Keputusan tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Leonard David Shim di bilik bicara Mahkamah Persekutuan Rayuan sekitar jam 10.20 pagi hari ini.
Jelas David Shim ketika menolak permohonan itu dengan alasan perkara itu tidak boleh diputuskan di mahkamah.
33 ADUN yang diketuai oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman telah memohon kebenaran untuk semakan kehakiman itu pada 3 Ogos lepas.
Kumpulan ADUN itu juga telah memohon injunksi ke atas pembubaran DUN dan mempersoalkan permohonan bertulis Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kepada Tun Juhar memohon DUN dibubarkan pada 29 Julai.
Isnin lalu, peguam yang mewakili Musa dan 32 ADUN itu, Tengku Fuad Tengku Ahmad berkata David Shim telah membayangkan bahawa semakan kehakiman akan segera didengar sekiranya kebenaran diberikan.
Menurutnya, semakan kehakiman akan didengar sekiranya kebenaran diberikan, sama ada permohonan untuk menangguhkan perisytiharan pembubaran DUN dibuat atau sebaliknya.
Tengku Farid telah membayangkan pihaknya akan segera memohon penangguhan perisytiharan pembubaran DUN itu jika kebenaran diberikan.
Mereka menamakan Tun Juhar sebagai responden pertama, Shafie Apdal sebagai responden kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden ketiga dan kerajaan Sabah, responden keempat.
Isnin lepas, SPR menetapkan 26 Sept ini sebagai tarikh PRN Sabah dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 12 September ini manakala hari mengundi awal pada 22 September ini.- MalaysiaGazette
BERITA LANJUT MENYUSUL
ARTIKEL BERKAITAN:
DUN Sabah: Mahkamah mungkin dengar semakan kehakiman jika kebenaran diberikan pagi ini