LONDON – Pemain sayap Olympique Lyon Memphis Depay mendedahkan faktor mengapa dia mengalami kesukaran untuk berkembang di Manchester United.
Jelasnya, salah satu sebabnya adalah kerana dia menyertai dengan The Red Devils pada usia yang agak muda.
Pemain antarabangsa Belanda itu gagal menemui penampilan terbaiknya setelah menyertai dengan Old Trafford pada 2015 dan akhirnya dia dilepaskan ke Lyon, dua tahun kemudian.
Bersama dengan kelab Ligue 1 Perancis, Depay kini dapat mengembalikan potensinya dan dia mengakui sepatutnya menyertai kelab seperti United pada usia yang matang.
“Keadaan mental saya berbeza. Saya berumur 21 tahun ketika bersama United dan sekarang saya berusia 25 tahun, jadi sudah tentu saya lebih dewasa sekarang daripada ketika saya berada di Manchester.
“Terdapat juga perbezaan antara permainan di Perancis dan England, perbezaan yang utama ialah kelajuan bola.Di England permainan sentiasa bergerak dengan pantas mereka juga sentiasa mengamalkan permainan menyerang dan bertahan serta menyerang dan bertahan lagi.
“Permainan di Perancis,saya merasa lebih terkawal dan kami semua lebih santai bermain bola antara satu sama lain,” katanya kepada Mirror.
Depay yang merupakan bekas pemain PSV Eindhoven juga mengakui bahawa Liga Perdana Inggeris mempunyai tahap kesukaran yang tidak dapat dikalahkan oleh setiap pemain.
“Saya tidak tahu adakah kepantasan diperlukan sepanjang masa di sini kerana bagi saya ini semua mengenai teknik. Tetapi Liga Perdana adalah yang terkuat di dunia,” kata Depay. – MalaysiaGazette
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast