Paras air di Empangan Three Gorges, China. foto Agensi

SHANGHAI – Paras air di Empangan Three Gorges di sungai Yangtze, China semakin hampir pada paras maksimum setelah hujan lebat melanda.

Dengan 75,000 meter padu per saat, air mengalir dari sungai Yangtze pada hari Khamis telah meningkatkan kedalaman empangan kepada 165.6 meter menjelang pagi Jumaat.

IA meningkat lebih 2 meter semalam dan hampir 20 meter lebih tinggi daripada tahap berbahaya.

Kedalaman maksimum reka bentuk empangan terbesar di China itu ialah 175 meter.

Pihak berkuasa menaikkan jumlah pelepasan kepada 48,800 meter padu setiap saat pada hari Khamis dalam usaha untuk menurunkan paras air.

China mungkin perlu meningkatkan jumlah pelepasan itu untuk mengelakkan limpahan air.

“Mereka akan melakukan apa sahaja untuk mencegah empangan itu naik.

“Peningkatan jumlah air akan menyebabkan senario terburuk yang boleh menghasilkan kerosakan besar … dan boleh menyebabkan semuanya runtuh,” kata Desiree Tullos, seorang profesor di Oregon State University yang mengkaji projek Three Gorges.

Hujan di lembangan Yangtze telah meningkat dua kali ganda daripada purata musim ini tahun ini.

Banjir telah menyebabkan kerugian ekonomi hampir 180 bilion yuan (AS$ 26 bilion) pada minggu lalu dan menjejaskan 63 juta orang.

Projek Three Gorges, yang disiapkan pada tahun 2012, dirancang bukan hanya untuk menjana tenaga tetapi juga untuk mengawal limpahan sungai Yangtze – yang menjadi punca banjir dahsyat dalam sejarah China. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast