Presiden PMSP, Datuk Seri Ramesh Rao tiba bagi memberi keterangan berhubung kes liwat Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 22 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Datuk Seri Ramesh Rao selesai memberikan keterangan kepada Bukit Aman kira-kira jam 10.05 malam tadi.

Ramesh ketika dihubungi MalaysiaGazette memberitahu beliau memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis membantu siasatan berkenaan akaun bersumpah (SD) mengenai kes liwat membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Hampir 12 jam Ramesh diambil keterangan sejak jam 10.30 pagi tadi walaupun hadir secara bersendirian tanpa peguam di Bukit Aman, hari ini.

Khamis lalu, polis dilaporkan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan kes liwat membabitkan pemimpin parti politik berikutan tular SD seorang lelaki mendakwa menerima bayaran RM300 untuk melakukan perbuatan itu.

Sebelum ini, SD bertarikh 29 Jun lalu itu dikatakan dibuat seorang lelaki mendakwa kejadian berkenaan berlaku di sebuah hotel di Subang, pada 2013.

Lelaki berkenaan turut mendakwa dihubungi pemimpin politik itu untuk bertemu di hotel terbabit sebelum melakukan perbuatan berkenaan dengan bayaran RM300.

Terdahulu Ramesh tiba di pintu utama Bukit Aman kira-kira jam 10.30 pagi tadi secara bersendirian tanpa ditemani oleh peguamnya.

Sebelum Ramesh memberi keterangan awal pagi tadi, beliau sempat memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan menyerahkan beberapa dokumen bukti kes liwat terbaru itu setebal 100 muka surat.

“Saya akan serah bukti ini kepada Bukit Aman pagi ini berupa mesej aplikasi BBM dan Whatsapp melibatkan seorang ahli politk PKR dengan seorang individu,” katanya kepada pemberita di luar pintu utama Bukit Aman, pagi ini.

Menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan hubungan luar tabii.

Sebelum ini satu SD mendakwa seorang lelaki mengadakan hubungan luar tabii dengan seorang ahli politik sebanyak empat kali di hotel berbeza di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang pada 2013 tular menerusi media sosial.

Bagaimanapun, individu yang membuat SD itu membuat laporan polis minggu ini mendakwa Ramesh mempengaruhinya agar membuat tuduhan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast