KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui kewujudan surat sokongan dari timbalannya, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz mengenai permohonan supaya mempertimbangkan anaknya dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pharmaniaga.
Menteri Kanan Keselamatan itu berkata, beliau tidak teragak-agak untuk memberi sokongan itu kerana Ikmal Hazlan mempunyai latar belakang seorang ahli perniagaan dan anggota Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
“Ya, saya (ada) memberikan sokongan kepadanya (Ikmal Hazlan), tetapi tidak melantiknya. Dia seorang peniaga dan pengalamannya dalam perniagaan boleh dimanfaatkan (dalam Pharmaniaga).
“Dari segi politik, dia seorang anggota Exco,” katanya menjawab isu surat sokongan dari Timbalan Menteri Pertahanan kepadanya supaya menyokong pelantikan Ikmal Hazlan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pharmaniaga.
Surat itu tular di media sosial dan mendapat kecam pelbagai pihak termasuk orang politik.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, demi tidak menimbulkan prasangka orang ramai terhadap surat itu, beliau hanya sekadar menyatakan sokongan sahaja dan tidak membuat sebarang langkah susulan mengenai pelantikan itu.
“Ya, saya tahu ini unsur nepotisme. Sebab itu saya tidak melantiknya,” katanya. – MalaysiaGazette
Setakat surat sokongan apa salahnya. Biasa sahaja dan ramai yang lain ada terlibat mengeluarkannya. Bukan lantikan.