KUALA LUMPUR – Parlimen Belia Malaysia akan menganjurkan persidangan secara dalam talian, dikenali Malaysia Youth Leaders Assembly (MYLA) 2020 bertemakan ‘Redefining Malaysia: A New Path Taken’ pada Selasa ini.

Menurut satu kenyataan, MYLA 2020 merupakan salah satu platform untuk para pemimpin belia di negara ini membincangkan polisi dan agenda negara bersama dengan panel jemputan.

“Persidangan ini akan menampilkan seramai 52 panel jemputan dari pelbagai latar belakang dan kepakaran.

“MYLA 2020 turut membincangkan sebanyak 16 topik utama iaitu
ekonomi, politik, keselamatan siber, kemampanan alam sekitar, modal insan, pelancongan, revolusi industry 4.0, pemerkasaan wanita, perpaduan, hak asasi manusia, keselamatan makanan, kesihatan mental, keusahawanan, pendidikan, hubungan antarabangsa dan sosioekonomi belia,” katanya.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merical Naina Merican akan menyampaikan ucaptama serta persidangan itu akan dirasmikan perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin.

Intipati perbincangan dan cadangan dari kalangan anak
muda melalui persidangan ini akan diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri, ujarnya.

Persidangan ini juga akan disertai oleh pemimpin belia dari negara lain seperti Brunei, Somalia, Kenya, Filipina dan Indonesia, menurut kenyataan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast