PKPP Dilanjutkan??? | EDISI MG 8 Mlm – 23 Ogos 2020

Kementerian Kesihatan Malaysia memberi saranan kepada Majlis Keselamatan Negara untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijadual berakhir pada 31 Ogos ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, saranan tersebut diberikan berikutan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan wabak COVID-19 akan berlaku bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun.

Katanya, tempoh dua tahun merupakan masa yang lama dan pelbagai usaha telah dan akan dilakukan kerajaan termasuk memastikan rakyat mengamalkan norma baharu bagi menangani penularan COVID-19.