Thursday, September 19, 2024
Home Politik Faizal perjelaskan jawatan Azmin dalam Bersatu

Faizal perjelaskan jawatan Azmin dalam Bersatu

Menteri Besar Perak yang juga Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bercakap pada sidang media diiringi Menteri Kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang baru menyertai parti PPBM, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selepas mengadakan lawatan ke Pusat Media sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N. 58 di Slim River, Perak. foto AFFAN FAUZI, 23 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Bersatu yang baharu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjelaskan cadangan mengenai jawatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) terlebih dahulu.

Beliau yang Menteri Besar Perak bagaimanapun mengakui perkara itu tidak pernah dibincangkan sebelum ini.

Beliau menegaskan, apa juga perkara berkaitan dengan parti akan diperhalusi dan diperbincangkan di dalam mesyuarat MPT parti.

“Saya merujuk kepada kenyataan dalam sidang media di DUN Slim semalam berhubung kedudukan YB Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam saf kepimpinan Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (Bersatu).

“Saya ingin menjelaskan di sini ketika menjawab persoalan daripada pihak media, saya telah menjelaskan bahawa apa sahaja cadangan mengenai jawatan Datuk Seri Mohamed
Azmin dalam Bersatu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, pada sidang media di sini, Faizal berkata, kedudukan Azmin yang juga  bekas Timbalan Presiden PKR di dalam Bersatu akan dibincangkan dalam mesyuarat MPT parti itu.

Beliau berkata, mesyuarat itu akan diadakan dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, katanya, Bersatu perlu mengadakan Persidangan Agung Luar Biasa bagi membincangkan beberapa perkara yang berkaitan. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
https://malaysiagazette.com/2020/08/23/azmin-sebagai-naib-presiden-lantikan-akan-dibincangkan-parti-faizal-azumu/