Orang ramai yang terlupa membawa sejadah tidak diwajibkan menggunakan alas tersebut di masjid.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang terlupa membawa sejadah tidak diwajibkan menggunakan alas tersebut di masjid.

Perkara itu dipersetujui oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Mesyuarat Khas Menteri

Namun begitu, penggunaan sejadah adalah digalakkan dan pemakaian pelitup muka adalah masih diwajibkan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Malah, Mesyuarat Khas juga bersetuju untuk membenarkan warganegara asing untuk menjalankan ibadah solat berjemaah di masjid bermula 1 September ini dan mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan sebelum ini.

Mengulas mengenai pemakaian pelitup muka, Ismail Sabri memberitahu, pemakaian pelindung muka (face shield) bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun adalah dibenarkan.

Meskipun begitu, penggunaan pelitup muka adalah digalakkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast