Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz mendedahkan butiran terperinci mengenai 101 projek yang dikatakan telah diperolehi secara rundingan terus.

Tegasnya, projek rundingan terus adalah dibenarkan namun pendedahan Zafrul di Dewan Rakyat semalam seolah-olah perkara tersebut adalah satu kesalahan.

Menerusi satu klip video yang disiarkan melalui platform media sosialnya hari ini, Tun M berkata rakyat berhak mendapat maklumat penuh tentang siapa yang mendapat projek berkenaan dan berapa nilai projek tersebut.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast