Dr Anwar Samhari Mat Arshad.

KUALA LUMPUR – Ramai yang beranggapan kaedah pembedahan adalah jalan terbaik kepada pesakit kronik seperti sakit belakang, sakit sendi, sakit kepala, sakit lutut, sakit berpunca daripada kanser dan sakit saraf seperti cakera tergelincir (slipped disc) di tengkuk dan bahagian tulang belakang kerana sudah tidak mampu menanggung penderitaan.

Kesakitan kronik bermaksud kesakitan tubuh yang berpanjangan lebih daripada enam bulan. Ini berlaku disebabkan perubahan neurochemical kompleks pada sistem saraf pusat menyebabkan kesakitan yang luar biasas.

Ia tidak membunuh tetapi memberi impak negatif kepada aspek biologi, psikologi dan sosial kepada kelangsungan hayat pesakit.

Mereka yang menghidap penyakit ini akan menderita dalam diam kerana kualiti kehidupan akan terganggu serta tidak dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

Menurut Pakar Perunding Rheumatik dan Sakit Kronik, Dr Anwar Samhari Mat Arshad berkata, sebenarnya kaedah pembedahan bukan satu-satunya rawatan kerana terdapat beberapa kaedah lain seperti kaedah rawatan intervensi yang lebih komprehensif tanpa risiko dan rendah kesan sampingan.

Jelas beliau, aa akan memberi harapan baharu kepada pesakit dan menikmati kehidupan yang lebih baik mendapat rawatan seawal mungkin mampu mengurangkan kesakitan namun disebabkan stigma menyebabkan ramai di antara mereka takut membuat pemeriksaan awal.

“Kebanyakan masyarakat di Malaysia tidak tahu mereka ada pilihan kerana bukan semua masalah yang dihadapi (sakit sendi, urat dan tulang) perlu berjumpa pakar ortopedik dan melakukan pembedahan sebaliknya rawatan tanpa pembedahan boleh dilakukan,” katanya.

Juneflex adalah krim sapuan untuk pesakit arthritis seperti sakit lutut, sendi, sakit otot, gout dan melegakan sakit lenguh.

Pemilik Pusat Pakar Perubatan Sendi Urat dan Tulang, Seberang Jaya Pulau Pinang itu memberitahu, selain kosnya lebih murah berbanding pembedahan, yang mungkin menelan belanja sehingga RM30,000, kaedah rawatan ini juga kurang berisiko.

Dr Anwar yang memiliki kepakaran khusus untuk merawat penyakit SLE (Lupus), psoriasis arthiritis, sakit lutut dan semua jenis radang sendi serta otot, mengakui rawataan yang digunakan membabitkan radiofrekuensi dan suntikan tertentu.

“Ia tidak mengambil masa yang panjang malah diyakini lebih selamat dan berkesan termasuk merawat kesakitan kronik seperti cakera tergelincir (slipped disc) di bahagian tengkuk dan tulang belakang,” katanya.

Sementara itu, beroperasi sejak tujuh tahun lalu, Pusat Pakar Perubatan Sendi Urat dan Tulang bukan sahaja pengalaman luas di peringkat nasional, malah industri perubatan peringkat antarabangsa.

Diiktiraf sebagai pakar reumatologi pertama di Asia, sekali gus menjadikan beliau Felo Interventional Pain Practitioner oleh World Institute of Pain.

Ia turut turut memperkenalkan Juneflex iaitu krim sapuan untuk pesakit arthritis seperti sakit lutut, sendi, sakit otot, gout dan melegakan sakit lenguh yang mana produk tersebut adalah hasil formulasi dan kajiannya selama 10 tahun.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari www.jenuflex.com. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast