Teka teki masa depan Messi bersama Barcelona mula terbongkar apabila bintang Arhgentina itu akhirnya mengemukakan permohonan rasmi meninggalkan kelab itu serta merta.

MADRID – Teka teki masa depan penyerang Legenda Barcelona Lionel Messi yang selama ini menjadi topik perbualan hangat serata dunia ekoran krisis teruk antara pengurusan dan pemain profesional kelab itu akhirnya terbongkar.

Pemain super star ituĀ secara rasminya mengemukakan permohonan untuk meninggalkan Nou Camp musim ini.

Permohonan tersebut mencetuskan kebimbangan besar dalam kalangan penyokong tegar kelab tersebut rentetan krisis dalaman yang berlaku antara pemain dan pengurusan kelabĀ  sudah mengeruhkan lagi keadaan pasukan gergasi itu.

Dalam permohonan yang dihantar pada hari Selasa menerusi faksimili kepada kelab berkenaan, bintang antarabangsa Argentina berusia 33 tahun itu menuntut pelaksanaan klausa kontrak yang membenarkannya beliau meninggalkan kelab itu cara percuma serta- merta.

Barcelona telah dimalukan 8-2 oleh Bayern Munich dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah musim ini pada 16 Ogos lalu.

Barcelona bagaimanapun percaya klausa berkenaan sudah luput dan Messi terikat dengan kontrak sehingga 2021 dengan kluasa pelepasan berjumlah 700 juta euro.

Lembaga Pengurusan Kelab the Catalans akan bersidang dalam masa terdekat untuk memikirkan cara untuk memujuk pemain tersebut.

Malah satu-satunya kaedah yang difikirkan untuk memujuk Messi kekal di kelab berkenaan adalah peletakan jawatan Presiden Josep Maria Bartomeu dan pemilihan awal.

Bagaimanapun Messi kelihatan sudah membuat ketetapan meninggalkan kelab itu kali ini.

Setelah berita mengejut itu tular di media sosial, para penyokong tegar Barcelona berkumpul di hadapan Nou Camp untuk menyatakan bantahan terhadap lembaga pengurusan kelab dan juga menyatakan sokongan kepada Messi.

Berita terkini di Nou Camp pula mendakwa pertelingkahan dari segi undang-undang antara kelab dan pemain tersebut.

Messi mempunyai klausa dalam kontraknya yang membenarkannya meninggalkan kelab secara percuma sekiranya dia memaklumkan hasratnya sebelum 10 Jun 2020.

Oleh kerana tarikh tersebut sudah luput, Barcelona kini percaya ia tidak lagi diguna pakai.

Tetapi Messi dan pasukannya percaya kontrak harus disambung lagi sehingga Ogos ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast