Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan beramah mesra dengan bersama calon Barisan Nasional (BN) ,Mohd Zaidi Aziz (kanan) selepas Ceramah Santai sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N. 58 sekitar Felda Gunung Besout 4, Perak. foto AFFAN FAUZI, 25 OGOS 2020.

SLIM RIVER – Dakwaan mengatakan akan terdapat pengundi Pas mengundi calon Bebas yang mewakili Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) hanya diketahui pada 29 Ogos ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau tidak memiliki lampu ajaib untuk mengesahkan dakwaan itu.

Beliau juga tidak pasti sama ada dakwaan yang dibuat bakal Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu adalah berasas.

“Kita tengoklah 29 Ogos ini dan saya tidak ada lampu ajaib. Terpulang kepada beliau (Mukhriz) kalau ada (lampu ajaib).

“Sebab itu saya mohon pengundi di Slim keluar beramai-ramai sokong Mohd Zaidi Aziz yang didokong Kerajaan Perak dan Perikatan Nasional yang dapat membawa isu tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada kempen ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Slim) di Felda Besout 4 di sini malam ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli DUN Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau diminta dakwaan Mukhriz hari ini bahawa Pejuang yakin dapat menarik sokongan ahli PAs dan pengundi atas pagar untuk mengundi calon mereka, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, pada Sabtu ini.

Mukhriz berkata, pihaknya difahamkan terdapat ahli Pas tidak berpuas hati dengan calon Barisan Nasional (BN) yang dipilih bertanding dalam PRK itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

12 Komen

  1. Mukhriz mengigau la tu… PAS tk pernah khianati kwn sejak dari dulu lagi.. In Sha Allah PRK Slim penyokong dan ahli PAS undi calon BN Muafakat Nasional.
    Parti anak daddy jgn harap la.

  2. Bila sebut demokrasi berbagaibagai cerita timbul. Yang salah itu betul dan yang betul itu salah. Apalagi nak dekat pilihanraya. Ikut selera masingmasing tetapi apa yang pentingnya yang benar tetap benar yang salah tetap salah. Dalam dunia ini ada dua sahaja. Boleh tak boleh, jalan berhenti, ia tak ia, bodoh pandai, baik tak baik, baik buruknya, miskin kaya, pahala dosa dan neraka syurga begitulah seterusnya bermacammacam lagi tak tersebutsebut. Begitulah yang dikatakan hal demokrasi.
    Yang lain tu demi nak menegakkan benang basah sampai sanggup ikut kemanamana nak lawan. Yang terpenting sekali kita sebagai pengundi Melayu ini tanamkan di hati nawaitunya Ugama Bangsa Dan Negara dan kalau selain dari aspek ini tak payahlah sebab inilah yang dituntut dan dijamin selamat oleh Allah Taala.

  3. omong kosong ja tu..akar umbi pun tau perangai ahli biasa pas..tak pernah terjadi menongkah arus arahan atasan

  4. Tiada point masa ceramah!
    Nak tabur janji…rakyat dah tak termakan!
    Nak buat isu rakyat tempatan….mukriz@boboi bukan org situ!
    Nak buat isu negara…satu donia dah tau siapa pakar cong!!

    ….so…..buat2 aje le isu sondol parti lawan!!!
    Macam babi hutan.!!!

  5. Dengar cakap kepala botak berkilat ni macam sinar mentari melantun balik ke langit. Silau mata. Tak kan rakyat nak tertipu lagi dengan PH.Cukiplah.

  6. Bukan lampu…kuasa allah belake…yang pasti umno bn.pas bersatu..hancur..lenyap
    Amin
    Takut tak tak takut
    Alhamdullilah

  7. Sembang bagi sedapkan hati sendiri, bolehlah, Mukhriz oooo.. Netizen dan pengundi Slim pun tidak luoa dan longgar keyakinan padamu yang dua kali kena tendang dari kerusi MB Kedah…

Comments are closed.