Rusten Sheskey. foto Agensi

WISCONSIN – Peguam Negara telah menamakan seorang pegawai polis yang menembak lelaki kulit hitam, Jacob Blake hingga mencetuskan demonstrasi.

Josh Kaul berkata, Rusten Sheskey telah melepaskan tembakan sebanyak tujuh kali dari arah belakang Blake ketika dia cuba membuka pintu kereta.

Polis mendakwa menjumpa sebilah pisau di dalam kereta mangsa.

Blake yang masih mendapatkan rawatan di hospital susulan kejadian itu sudah sedar diri.

Namun, peguamnya berkata, Blake memerlukan keajaiban untuk berjalan semula.

Insiden tembakan itu telah mencetuskan protes sejak beberapa lalu hingga bertukar menjadi ganas.

Dalam pada itu, seorang remaja ditahan selepas dua orang terbunuh dan beberapa orang cedera dalam demontrasi pada waktu malam.

Presiden Donald Trump telah menghantar tambahan pihak berkuasa ke Kenosha bagi menangani protes ganas itu.

Jabatan Kehakiman pula menghantar lebih 200 Biro Siasatan Persekutuan dan pegawai-pegawai polis ke bandar tersebut.

Selain protes di Kenosha, demontrasi juga merebak di beberapa bandar Amerika Syarikat termasuk di Portland, Oregon dan Minneapolis, Minnesota ekoran pembunuhan George Floyd, seorang lelaki kulit hitam yang tidak bersenjata. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast