ADA Lagi Menteri Lari Dari Media | EDISI MG 2ptg – 28 Ogos 2020

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dipercayai beredar senyap-senyap dan enggan ditemui media selepas memberi keterangan di Bukit Aman, malam tadi.

Kenderaan BMW 7 Series berwarna hitam yang dipercayai membawa beliau ke Bukit Aman tidak lagi kelihatan di parkir Masjid Bukit Aman, kira-kira jam 10 malam tadi.