SLIM RIVER – Calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili Parti Pejuang Tanahair (Penjuang) malam ini menunjukkan bakat menyanyi pada ceramah perdana di Felda Trolak Utara.
Selepas 13 hari berkempen dengan berucap di hadapan orang ramai, Amir membuat penampilan istimewa itu menerusi lagu Warisan nyanyian asal Sudirman Arshad.
Ketika membuat persembahan, tetamu di atas pentas turut mengambil kesempatan membuka cahaya menerusi telefon pintar masing-masing.
Antaranya adalah bakal Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad, bakal Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Lebih mencuri perhatian, orang ramai yang hadir turut mengambil tindakan sama untuk menyalakan telefon masing-masing secara spontan.
Sebelum itu pada program di sebelah petang iaitu Sepetang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, Amir yang juga peguam menunjukkan bakatnya berselawat dengan alunan yang merdu.
Amir merupakan graduan undang-undang Universiti Islam Antarbangsa dan anak bongsu daripada lima adik beradik.
Bapanya, allahyarham Mohamad Tanusi Maulut ialah bekas Naib Kadi Teluk Intan manakala ibunya seorang pesara guru agama.
Isteri Amir iaitu Dr Nur Aainaa Othman adalah doktor pakar radiologi di Hospital Teluk Intan dan doktor pakar jemputan di Hospital Slim River. – MalaysiaGazette
Apa hal pun rakyat mesti menolak parti atok yg dah nyanyuk tu.. Tubuh parti baru hanya utk anaknya jadi presiden. Sebelum ni mcm² dia kata menghina org melayu. Org melayu lemah la sbb berpuak², byk parti yg boleh lemahkan org melayu. Tapi kini dia tubuh parti baru yg nk pecah belahkan lagi org melayu.
Parti dia tk join dgn PH, tapi tk malu plak ajak puak PH pi kempen utk calon dia..
Yg puak PH tu pun tk serik² lagi dipermainkan oleh Madey.
Steady anak muda… Syabas sbb setia berintegriti bersama team TUN M… Pengundi harus mengundi calon Pejuang.. Tolak umnopas…