Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengesahka telah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman malam tadi berhubung kegagalan mematuhi kuarantin wajib di rumah selepas pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, sesi itu bermula pukul 8.45 malam selama dua jam bersama tiga lagi ahli keluarga.