Andy Murray akan kembali ke gelanggang tenis dalam Terbuka AS 31 Ogos ini.

NEW YORK – Bekas juara tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS), Andy Murray akan berdepan jaguh Jepun, Yoshihito Nishioka dalam aksi pusingan pertama Terbuka AS 2020 di gelanggang tertutup Flusing Meadows.

Kejohanan terbuka AS akan berlangsung di New York bermula 31 Ogos ini hingga 13 September 2020.

Murray, 33, akan beraksi dalam acara perseorangan buat kali pertama sejak Terbuka Australia pada 2019 selepas melalui masalah kecederaan.

Manakala pemain nombor satu Britain, Johanna Konta akan berdepan rakan senegaranya, Heather Watson sementara Kyle Edmund akan menentang bintang nombor satu dunia Novak Djokovic pada pusingan kedua nanti.

Aksi Grand Slam itu akan bermula Isnin ini tanpa kelibat beberapa pemain bintang kali ini.

Rafael Nadal, dan Bianca Andreescu antara jaguh yang tidak akan beraksi pada kejohanan kali ini ekoran ancaman pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast