Suasana di hospital Dos de Mayo di Lima, Peru. foto Reuters

LIMA – Peru kini merekodkan jumlah kematian paling tinggi per kapita akibat koronavirus.

Dengan 28,277 kematian yang disahkan akibat Covid-19, atau 86.2 bagi setiap 100,000 orang penduduk, Peru mengatasi Belgium sebagai negara dengan korban terbanyak, menurut data yang dikumpulkan oleh Johns Hopkins University, IMF dan Bloomberg.

Ia berlaku seminggu setelah Amerika Selatan yang memiliki populasi sebanyak 33 juta orang menyaksikan penguncupan ekonomi paling teruk di dunia pada suku kedua berikutan pelaksanaan sekatan perjalanan

Lebih daripada lima bulan setelah melaporkan kes pertama, Peru menghadapo penularan koronavirus, salah satu wabak terburuk di dunia.

Selama tujuh hari terakhir, tidak ada negara yang mencatat lebih banyak kes.

Ia juga antara negara yang mencatatkan kematian paling banyak mengikut jumlah penduduk sejak seminggu yang lalu.

Wabak ini semakin buruk sehingga satu per empat daripada 12 juta penduduk Lima mungkin sudah dijangkiti virus, menurut sebuah kajian kerajaan yang diterbitkan pada bulan lalu.

Pegawai memberi amaran bahawa jumlah kematian sebenar di negara itu mungkin hampir dua kali ganda daripada angka rasmi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast