BEIJING – Sekurang-kurangnya 17 orang mati setelah sebuah restoran dua tingkat di utara China runtuh semasa berlangsungnya perhimpunan.
Pasukan penyelamat mengeluarkan puluhan orang yang terselamat daripada runtuhan, selain mengesan mangsa-mangsa yang masih terperangkap.
Bangunan ini terletak di daerah Xiangfen, wilayah Shanxi, kira-kira 630km di barat daya Beijing.
Agensi berita Xinhua melaporkan 45 orang telah dibawa keluar termasuk 17 mati, tujuh cedera parah dan 21 mengalami cedera ringan.
Kira-kira 700 orang terlibat dalam operasi menyelamat, kata China Global Television Network.
Punca bencana itu masih belum jelas.
Namun, kejadian itu bukan asing di China yang kerap mengalami runtuhan bangunan dan kemalangan pembinaan. – MalaysiaGazette