Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Usaha mengehadkan jawatan Perdana Menteri supaya tidak melebihi dua penggal merupakan janji Pakatan Harapan (PH) yang menyimpan agenda politik untuk kepentingan sendiri.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, reformasi bukan nama khas yang dimonopoli PH, tetapi kerajaan Perikatan Nasional (PN) juga mengusahakan reformasi Parlimen dan sistem dalam kerajaan.

Ditanya mengenai kerajaan PN yang menarik balik rang undang-undang untuk mengehadkan jawatan seseorang Perdana Menteri kepada dua penggal, Mohamed Azmin berkata: “Ini janji PH, bukan PN.”

“Sesetengah janji adalah dibuat kerajaan terdahulu dan lebih cenderung kepada motif politik atau untuk kepentingan politik sendiri.

“Yang pasti, PN juga giat melakukan reformasi dan akan terus memastikan pembaharuan dalam Parlimen dan sistem dapat dijalankan.

“Ini termasuk membenarkan wakil rakyat pembangkang mempengerusikan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),” katanya kepada Sinchew Daily.

Mohamed Azmin berkata, bukan PH sahaja yang tahu melaksanakan pembaharuan.

“Adalah tidak adil jika ada yang berkata usaha reformasi adalah milik PH sahaja.

“Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN juga berusaha melakukan reformasi,” katanya.

Menurutnya, prestasi PN dalam memerangi wabak COVID-19 dan merangsang ekonomi adalah jelas kelihatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kerajaan PH tak de buat reformasi lah..makin teruk sebenarnya..contoh nak lantik AG sbg bebas tp top2 lantik peguam DAP Tommy Thomas yg gugurkan kes rasuah Guan Eng..lepas tu Atok buat2 terkezut..cth lain,.janji nak reform SPRM jd lebih bebas dan bertanggungjawab kpd parlimen…bila menang lantik Bibi Tipah Koya…tak musibat namanya tu? At least kerajaan PN lantik AG bukan peguam politik & ketua SPRM Dato’ Azam Baki pun bukan ahlul politik…tu baru nama reform..syabas PN!

Comments are closed.