SEHINGGA hari ini, belum ada apa-apa kenyataan rasmi dari Kementerian Pendidikan (KPM) sebagai sebuah kementerian yang menguruskan portfolio pendidikan negara berkenaan pengumuman penambahan 16 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) oleh Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.
Tidak kedengaran Menteri KPM lantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dari Parti Bersatu, Mohd Radzi Md. Jidin berkutik meredakan keadaaan.
Amat memalukan apabila keputusan besar berkaitan dasar Pendidikan Kebangsaan diumumkan oleh seorang Menteri Pengangkutan.
Tambah celaru apabila dalam satu perbahasan rasmi di Parlimen, soalan seorang Ahli Parlimen DAP berkenaan sama ada sekolah vernakular akan dihapuskan atau tidak itu, dijawab oleh seorang menteri yang memegang portfolio perpaduan.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique, Ahli Parlimen UMNO kerusi Kota Tinggi itu menegaskan, sekolah vernakular tidak akan dihapuskan semata-mata kerana mengutamakan agenda perpaduan nasional.
Walaupun keputusan kerajaan menambah bilangan SJKC bersifat subjudis serta menghina proses mahkamah, tiada usaha dari Menteri KPM untuk membetulkan keadaan sama ada dengan menyemak semula atau menggantung kelulusan itu sementara menunggu keputusan hakim yang bijaksana.
Umum mengetahui, sebanyak RM100 juta dari dana awam telah diperuntukan kepada SKJC dan SKJT oleh Menteri Kewangan dari kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.
Persoalannya, adakah pembinaan 16 SJKC baharu ini akan melibatkan peruntukan tambahan dana awam? Jika benar, rakyat berhak tahu jumlah dana yang telah diperuntukan.
Kelulusan dana awam untuk membina 16 SJKC ini (sekiranya ada) semasa kewujudan sekolah itu dicabar keabsahannya di sisi Perlembagaan Negara ini di mahkamah adalah satu pencabulan undang-undang yang ketara, lebih lagi isu ini melibatkan kepentingan awam (public interest case).
Amat membinggungkan apabila kerajaan meluluskan pembinaan 16 SJKC di saat negara dilanda wabak Covid-19 yang memerlukan kerajaan berbelanja besar untuk rakyat, walaupun SJKC dikatakan mendapat peruntukan serba mewah dari pembiaya persendirian, sama ada dari pertubuhan Cina, badan korporat mahupun individu Cina.
Kerajaan PN yang dibentuk melalui perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) tanpa melalui proses ‘jual beli’ pilihan raya ini, boleh dianggap masih tidak mampu menyelesaikan isu sekolah vernakular ini.
Parti Ka Siong itu dengan muka tak tahu malu, sekali lagi mengutamakan dasar yang menguntungkan kaumnya walaupun dia menang atas ihsan rakan sekutunya, UMNO yang meletakkan calon MCA dalam kawasan majoriti Melayu di Ayer Hitam.
Menang pun atas ihsan undi Melayu, namun dalam otak Ka Siong hanya untung rugi bangsa Cina yang difikirkan tidak ubah seperti rakan parti sebangsa mereka iaitu DAP.
Pengundi Melayu sentiasa makan hati apabila terpaksa mengundi calon Cina yang diletakkan oleh UMNO. Tidak sudah-sudahnya UMNO mengendong rakan sekutu mereka itu yang bersikap lembut gigi dari lidah, walaupun hati ibarat ular yang bersembunyi.
Dilaporkan, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Ti Lian Ker pada sekitar tahun 2014, yang ketika itu memegang jawatan Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, pernah menggesa seorang perwakilan UMNO didakwa atas Akta Hasutan kerana ingin membentangkan usul penghapusan sekolah vernakular dalam perhimpunan Agung UMNO.
Bayangkan, hendak membahaskan penghapusan sekolah vernakular dalam persidangan sendiri ditekan oleh rakan sekutu rapat, atas dasar hasutan. Betapa kesiannya parti UMNO ini.
Dengan pengumuman kerajaan PN untuk menambah 16 SKJC ini, maka buat sekian kalinya, meloponglah orang Melayu yang masih menelan angin keluar asap apabila segala sokongan kepada perikatan politik Melayu hanya mendatangkan keuntungan besar kepada bangsa bukan Melayu.
Bagi menghentikan kedunguan parti politik Melayu ini yang tidak habis-habis menjaga hati rakan sekutu mereka parti politik Cina kiasu ini, kami dengan ini menyeru orang Melayu memboikot parti Melayu yang masih bersekutu dengan parti politik Cina ini pada PRU akan datang.
Sudah terlalu lama kita menanggung kesilapan nenek moyang kita membenarkan bangsa tidak sedar diuntung ini menghirup dengan lahap segala kekayaan hasil bumi kita, tidak cukup dengan menjadi kaya, anak-anak mereka diwariskan dengan pendidikan Cina yang berkiblatkan silibus negara asal mereka.
Susu yang diberikan oleh nenek moyang kita, tuba yang terpaksa kita hirup. Jika kita tidak bertegas sekarang, cucu cicit kita pula akan menanggung kesilapan akibat kecuaian kita.
Penentangan kita terhadap sekolah vernakular tidak mendatangkan kudis kepada penaung sekolah Cina ini kerana setiap kali ada gerakan untuk menentang aliran pendidikan Cina akan dibentes oleh pemimpin Melayu kita sendiri yang ditimpa ‘penyakit wahn’, cinta dunia takut mati.
Ribuan kelab Rukun Negara yang ditubuhkan di SKJC dan SJKT itu bukan penyelesaian kepada masalah perpaduan kaum di negara ini. Jika Halimah Sadique berpegang kepada prinsip itu, maka menteri itu tidak lain tidak bukan telah berbohong kepada dirinya sendiri.
Video pendek yang dikeluarkan oleh NGO Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah memperlihatkan sedikit gambaran betapa anak Cina yang sudah besar panjang itu menjawab Rukun Negara ada 10, dan dia tidak ingat semuanya. Kelakar betul.
Janganlah menteri ini sewenang-wenangnya menyebut dasar kerajaan tanpa membentangkan kepada rakyat data terperinci mengenai keberkesanan dasar yang dilaksanakan itu.
Saranan Allah dalam surah Al-Hujurat Ayat 13 “..Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)” tidak terpakai di negara ini. Anak-anak kita tidak dapat kenal mengenal akibat terhalang oleh sistem pendidikan yang haru biru ini.
Walaupun perjuangan menolak sekolah vernakular ini mendatangkan risiko besar, kami di Armada Malaiu Malaysia akan berterusan menyampaikan kebenaran bak kata pepatah Minangkabau “esa hilang dua terbilang, tak berhasil biar nyawa berpulang”.
Merdekakan Tanah Air kita ini dari sekolah vernakular yang kiasu lagi rasis ini. Naikkan semula martabat pendidikan tanah air yang mengutamakan semangat cintakan tanah air, melahirkan generasi fasih berbahasa Melayu, menghormati agama Islam, adat resam, budaya orang-orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.
Semaikan semangat Rukun Negara dalam sekolah satu aliran, yang mana anak kita dari semua bangsa ini akan saling mengenal dan berkasih sayang. – MalaysiaGazette

Penulis, Nadia Aziz Bahagian Undang-Undang Armada Malaiu Malaysia.
Cerita simple Perdana menteri dan Raja2 patut arahkan tutup sekolah vernakular ni. Ni pemimpin dok biaqqqqqqqqq…. Pastu sebok2 tanya knapa tambah cawangan… Kan bodoh tu.
Tuah Bertuah…Setuju…
aku pun tak tahu lah nak kata apa. masa nak mengundi cari sokongan dari cina kling semua bangsa. bila menang hanya melayu islam saja yang perlu ada. hidup dibumi nyata bukan alam khayal ketuanan melayu.