PARIS – Bintang Brazil, Neymar mengesahkan bahawa dia akan kekal di Paris Saint German (PSG) musim depan.
Katanya, buat masa ini dia tidak berhasrat meninggalkan kelab Ligue 1 itu dan tidak akan melayan sebarang tawaran pihak luar.
Penyerang berbiza Brazil itu sebak selepas juara bertahan Ligue 1 itu tewas kepada Bayern Munich dalam aksi final Liga Juara-Juara Eropah di Lisbon awal Ogos lalu.
Pemain berusia 28 tahun yang bernilai £198 juta itu pernah dikaitkan untuk kembali ke Barcelona.
Namun Neymar menafikannya menerusi majalah rasmi kelab itu bahawa dia berminat untuk menjuarai kejuaraan Eropah bersama PSG dan mahu menjadi legenda di ibu kota Perancis itu.
“Saya kekal di PSG musim depan, dan kali ini saya berazam kuat untuk julang gelaran Eropah.
“Saya suka dengan segala idea untuk memastikan nama saya terpahat dalam buku sejarah kelab ini,” katanya.
Sementara itu, laporan media Perancis mencadangkan pemain antarabangsa Brazil itu memujuk bekas rakan sepasukan di Barcelona, Lionel Messi ke PSG.
Permintaan Messi untuk meninggalkan Nou Camp menyusul sehari selepas Neymar mengakhiri kerjasama dengan Nike yang bernilai £78.6 juta selama 15 tahun. – Agensi