PUTRAJAYA – Parti Bumiputera Perkara Malaysia (PUTRA) mempersoalkan tindakan pilih kasih pihak berkuasa terhadap penceroboh tanah kerajaan yang mengusahakan tanaman durian Musang King secara haram.
Ini kerana mereka yang terlibat didakwa masih belum diheret ke mahkamah.
Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman menegaskan, jika seorang bekas tentera boleh dihadapkan ke mahkamah kerana menceroboh tanah kerajaan hingga dijatuhi hukuman denda RM50,000 dan dua tahun penjara, apa lagi sekumpulan 111 pekebun durian di Raub, Pahang.
“Bagaimana tanah yang telah diterokai selama 40 tahun seluas 4,400 hektar tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak berkuasa sehingga perkara ini timbul hari ini.
“Kenapa tiada laporan dibuat? Kenapa tiada tindakan dibuat sedangkan ada akta khas untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
“Maka atas dasar itulah kami hari ini datang ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi melaporkan perkara ini agar ia disiasat. Kita nampak seolah-olah ada unsur-unsur rasuah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM hari ini.
Pada 1 Ogos lalu, Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak mendedahkan kerajaan Pahang kerugian RM30 juta hasil cukai tanah dalam isu pencerobohan tanah untuk penanaman durian secara haram di Raub.
Menurut Sallehuddin, nilai kerugian itu berdasarkan kadar terendah pajakan dan cukai tanah untuk tempoh 10 tahun.
Dianggarkan 4,400 hektar kawasan diusahakan secara haram untuk penanaman durian di Raub, dan tindakan tegas perlu segera diambil bagi menangani isu ini.
Hamidah juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara Kerajaan Pahang menyelesaikan masalah pencerobohan tanah itu hingga boleh berunding dari segi pemilikan tanah yang diteroka itu.
“Sepatunya 111 peneroka itu dikenakan tindakan dan dibawa ke mahkamah kerana mereka telah melanggar Akta Perhutanan Negara. Kenapa pula mereka perlu dirunding untuk diselesaikan dengan memberi tanah tersebut,” tegasnya.
Sekiranya pihak berkuasa gagal mendakwa peneroka terbabit, beliau tidak teragak-agak untuk menggesa rakyat di negara ini meneroka tanah hutan milik kerajaan jika mahu mendapat tanah secara mudah.
“Jika 111 peneroka ini tidak dikenakan tindakan, saya akan menyeru rakyat Malaysia meneroka semua tanah hutan di negara ini kerana bila mereka meneroka, mereka akan dapat tanah.
“Kenapa orang yang mematuhi undang-undang perlu dihukum sedangkan orang yang tidak mematuhi undang-undang diberi peruntukan tanah dan apa juga penyelesaiannya.- MalaysiaGazette
Antara perkara yang diberi keutamaan oleh Pakatan Hancing/DAP semasa berkuasa di Selangor adalah MEROBOHkan rumah2 rakyat yang dibina secara PENCEROBOHAN tanah2, reserves2 sungai kerajaan. Luas yang diceroboh tidaklah sebesar mana!
Bedasarkan kepada rule of law, tindakan yang sama wajib dikenakan kepada semua PENCEROBOH2 tanah kerajaan.
Begitulah kelemahan penjabat orang melayu yang lemah mental dan tidak kental mudah disogok dan kurang beriman dan tak takut kepada Allah. Maka jadilah perkara2 macam ini yang merugikan diri sendiri akhirnya.
Kemana kayu² balak yg ditebang ditempat pencerobohan itu.. Tkkan depa bawak keluaq dgn helikopter kot sampai penguatkuasa pejabat hutan tktau.
Dah tentu ada aktiviti pembalakan haram beroperasi disitu sebelum wujudnya kebun durian.
SPRM kena siasat pejabat tanah dan jabatan hutan. Mcmna boleh biarkan penceroboh senang² menceroboh kawasan tersebut.