Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa General Takaful Bhd., Shahrul Azuan Mohamed.

KUALA LUMPUR- Etiqa General Takaful Berhad (EGTB) melantik Shahrul Azuan Mohamed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu berkuatkuasa 1 September menggantikan Zaharudin Daud.

Pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Open University Malaysia itu bertanggung jawab terhadap perniagaan takaful am dan Etiqa General Takaful Berhad di Malaysia.

Beliau akan melapor terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kamaludin Ahmad.

Shahrul Azuan yang merupakan Senior Associate Certified Insurance Professional dalam Insurans & Pengurusan Risiko Institut Insurans & Kewangan Australia dan New Zealand sejak 2011 itu mempunyai pengalaman selama 29 tahun dalam industri insurans dan takaful.

Beliau juga telah memberikan sumbangan besar kepada perniagaan Etiqa semasa menjawat jawatan Ketua Pegawai Agensi sebelum ini.- MalaysiaGazette