Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil bercakap kepada media selepas hadir ke program 2nd Malaysia Anti-Corruption forum dengan bertemakan "Restoring Trust and Building a Culture of Integrity" di The Everly, Putrajaya. foto MOHD ADZLAN, 03 SEPTEMBER 2020.

PUTRAJAYA – Sesuatu surat sokongan yang dikeluarkan oleh menteri atau ahli politik dalam kerajaan tidak boleh dijadikan sebagai asas untuk membuat keputusan oleh mana-mana pegawai, atau kakitangan kerajaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Bahagian Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, sebenarnya pegawai kerajaan sendiri mempunyai garis panduan yang harus dipatuhi dalam soal tersebut.

“Sebenarnya pegawai kerajaan pun kita ada garis panduan, tidak boleh jadikan surat sokongan ini sebagai arahan asas untuk membuat keputusan

“Kita sudah pernah keluarkan kenyataan bahawa siapa-siapa sama ada menteri atau ahli politik yang hendak mengeluarkan kenyataan tiada masalah.

“Cuma pihak kita sebagai penjawat awam tidak boleh menjadikan surat sokongan itu sebagai asas membuat keputusan sebab kita keluarkan garis panduan yang harus dipatuhi,” katanya.

Beliau ditanya mengenai insiden berkaitan pengeluaran surat sokongan melibatkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri baru-baru ini.

Shamsun Bahrin bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenainya kerana berpendapat menteri berkaitan sudah memberikan penjelasan dan tidak mahu mengeluarkan kenyataan bercanggah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berucap di program 2nd Malaysia Anti-Corruption forum dengan bertemakan “Restoring Trust and Building a Culture of Integrity” di The Everly, Putrajaya. foto MOHD ADZLAN, 03 SEPTEMBER 2020.

Beliau terdahulu hadir mewakili Ketua Pesuruhjaya SPRM merasmikan Forum Anti-Rasuah Malaysia ke-2 2020 pagi tadi.

Dalam ucapannya, beliau turut menekankan bahawa syarikat atau mana-mana organisasi berasaskan perniagaan tidak perlu risau dan panik  dengan adanya Sub Seksyen (5) Seksyen 17A,Akta SPRM 2009, yang memastikan seorang menteri perlu mengeluarkan garis panduan berkaitan ‘Adequate Prosedures”.

Garis panduan kementerian “Adequate Procedures”  dirangka untuk membantu syarikat perniagaan memahami tentang “adequate procedures” yang seharusnya diimplementasikan untuk mencegah perlakuan amalan rasuah berkaitan aktiviti perniagaan selagi garis panduan pencegahan rasuah menyeluruh diwujudkan.

Katanya satu SPRM sendiri terlibat dalam usaha menyediakan satu senarai Adequate Prosedures yang membantu organisasi perniagaan melaksanakan dalam pengurusan mereka mengelak amalan rasuah.

Ujar beliau, Garis panduan itu telah menyenaraikan lima prinsip dikenali sebagai T.R.U.S.T iaitu T membawa maksud ‘T- Top Level Commitment, R- Risk Assessment, U- Undertake Control Measures, S- Systematic Review, Monitoring and Enforcement dan T- Training and Communication.

“Ikhklas kata, saya merasakan syarikat dan organisasi komersial tidak perlu risau atau panik selagi garis panduan pencegahan rasuah yang memadai dan menyeluruh untuk dipatuhi.

“Garis panduan ini termasuk (tetapi tidak terhad) inisiatif seperti Sistem Pengurusan Anti Rsuah (ABMS) ISO 37001, Pengurusan Risiko Rasuah (CRM), Akuan Integriti Korporat 2.0, dan juga Akuan Bebas Rasuah dan sebagainya.

“Prosedur boleh berubah dari organisasi komersial dan satu lagi organisasi lain. Contohnya syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia mungkin memiliki peruntukan dari segi kewangan dan modal insan dalam mengadaptasikan garis panduan pencegahan rasuah secara komprehensif di setiap organisasi sebagai perbandingan antara industri kecil dan sederhana,” katanya lagi.

Bagi tujuan itu tegas beliau, adalah penting untuk memperkasa semangat sistem perundangan baharu dengan perlu memahami objektif utama atau fungsi peruntukan baharu undang undang untuk mempromosikan pentadbiran yang baik dan organisasi perniagaan serta menekankan pencegahan rasuah secara holistik.

Katanya, ia sangat penting kerana pentadbiran yang baik bukan hanya mempromosikan ketelusan dalam urusniaga tetapi juga memainkan peranan penting dalam memastikan kelestarian sesuatu perniagaan dan industri.

Jawab beliau lagi SPRM dalam usaha untuk membantu semua sektor perniagaan melahirkan persekitaran perniagaan yang bersih yang mana sedang membangunkan senarai yang mengandungi garis panduan yang membimbing setiap organisasi korporat perniagaan tahu kaedah dalam mencegah rasuah dalam pentadbiran mereka.

“Kita Seksyen 17(a) yang digunapakai sekarang sebenarnya telah diambil dari Seksyen 7 Akta Rasuah United Kingdom jadi kita sedang bangunkan ‘checklist’ yang apabila siap nanti syarikat boleh merujuk kami.

“Ia akan mengandungi antaranya jenis dasar yang syarikat haru miliki , polisi penajajaan pemberian dan penerimaan dan sebagainya selain mengambil input syarikat sendiri dalam menyediakan garis panduan cegah rasuah kerana cegah rasuah melibatkan semua bukan bersandar pada SPRM sahaja,” ujar beliau.

Katanya checklist berkenaan sudah dimuktamadkan cuma memerlukan rundingan peringkat jawatankuasa yang akan membentangkan kepada pengurusan tertinggi untuk kelulusan sebelum ia boleh digunakan semua organisasi menbgikut keperluan mereka.

Bagaimanapun beliau secara peribadi menyatakan rasa tidak setuju dengan pelaksanaan dasar ‘tiada buah tangan’ dalam sektor korporat perniagaan ketika ini.

“Saya tidak setuju kerana kita dalam budaya masyarakat di sini tiada polisi sebegitu, contohnya kamu sebagai korporat amalkan dasar ‘no gift’ tetapi masih memberikan juga.

“Jadi dia seharusnya laksanakan gift policy tetapi mengikut prosedur apa yang boleh dan tidak boleh misalnya memberi dan menerima jumlah wang dalam bentuk dana yang mana harus disalurkan dalam akaun sesebuah parti itu bukan peribadi yang mana perlu ada garis panduan dan telus,” ujarnya.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa pelaksanaan garis panduan itu nanti mampu membantu negara memperbaiki kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah peringkat antarabangsa jika boleh mendapatkan 60 mata menjelang 2023.

Kedudukan semasa negara dalam CPI adalah rnagking ke51 berbanding 61 tahun sebelumnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tugas sprm perjelaskan grey area mcm surat sokongan dan hadiah tu. Semua tu menjurus kpd rasuah.
    Bagitau dengan jelas….tiada surat sokongan dan tiada hadiah. Period.

Comments are closed.